Bukan Sakit Perut Biasa, Ini Tanda-Tanda Anda Sakit Apendiks

Ramai antara kita yang mungkin sudah terbiasa dengan sakit pada bahagian perut. Antaranya sakit apendiks yang membuatkan individu itu rasa mencucuk pada bahagian kanan perut.

bukan sakit perut biasa, ini tanda-tanda anda sakit apendiks

Sakit apendiks bukanlah sejenis sakit perut biasa yang boleh sembuh dengan sendirinya. Ia boleh menjadi serius hingga boleh dibawa ke bilik pembedahan.

 

Meskipun tidak diketahui fungsi sebenarnya, apendiks dikatakan bertindak sebagai pengumpul bakteria baik supaya ia boleh mengembalikan sistem penghadaman selepas sakit cirit-birit. Apendiks terletak pada hujung usus besar dan kecil.

bukan sakit perut biasa, ini tanda-tanda anda sakit apendiks

Mereka yang mempunyai sakit apendiks tidak boleh merawat ia dengan ubat-ubatan biasa di farmasi, sebaliknya ia memerlukan rawatan penuh di hospital. Antara tanda-tanda sakit apendiks yang mungkin berlaku tanpa anda sedar seperti:

 

  1. Sakit pada abdomen, diikuti bengkak pada bahagian bawah kanan perut.
  2. Rasa tidak selesa pada abdomen apabila berjalan, duduk dan menggeliat.
  3. Hilang selera makan.
  4. Terasa ingin muntah dan tekak menjadi loya.
  5. Demam secara tiba-tiba tanpa rasa sakit tekak, batuk atau selesema.

 

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas secara berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Jangan biarkan ia berlarutan hingga menggangu kehidupan anda seharian.

 

Sumber: Healthline