Pernahkah Anda Dengar Penyakit Yang Tukarkan Jari Jadi Biru Ini?

Sejenis penyakit yang menyebabkan jari tangan atau kaki bertukar menjadi biru atau putih buat sementara waktu, dikenali juga dengan nama Sindrom Raynaud.

pernahkah anda dengar penyakit yang tukarkan jari jadi biru ini?

Sindrom dan fenomena ini adalah berpunca daripada pengaliran darah yang dihadkan ke jari kaki dan jari tangan hingga menyebabkan bahagian itu bertukar warna kepada biru atau putih buat sementara waktu.

pernahkah anda dengar penyakit yang tukarkan jari jadi biru ini?

Penyakit yang jarang berlaku itu pertama kali dilaporkan dalam tesis kedoktoran pada tahun 1862, dan digambarkan sebagai reaksi tinggi terhadap tindak balas seperti terhadap suhu sejuk atau tekanan melampau.

Dalam keadaan ini, badan akan cuba menjimatkan haba dengan melambatkan aliran arah ke bahagian paling jauh seperti jari.

pernahkah anda dengar penyakit yang tukarkan jari jadi biru ini?

Arteri kecil yang membawa darah ke bahagian jari akan menjadi sempit hingga menyebabkan bahagian itu berubah warna kepada biru atau putih, disebabkan kekurangan oksigen pada bahagian terjejas.

 

Kebiasaannya, sindrom Raynaud ini terjadi kira-kira 15 minit dan boleh berlanjutan selama beberapa jam.

pernahkah anda dengar penyakit yang tukarkan jari jadi biru ini?

Pesakit akan berasa seperti jari mereka dicucuk dan kadang kala ia lebih menyakitkan.

 

Sumber: Ladbible