Protein ialah nutrien yang penting kepada badan manusia. Ia salah satu daripada bahan binaan tisu badan, dan bertindak sebagai sumber tenaga.
Secara ringkasnya, sel badan memerlukan protein untuk berkembang dan memperbaiki diri. Protein boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan seperti daging, ikan, ayam, telur, kekacang serta produk tenusu.
Baca: Ramai Percaya Mitos Kacang Soya Punca Kanser Prostat Lelaki
Menurut National Academy of Medicine, manusia secara amnya memerlukan 7 gram protein untuk setiap 9 kilogram berat badan. Apa yang akan terjadi jika badan kurang protein?
- Badan sering merasa lemau dan letih disebabkan anemia
- Anda akan mula kehilangan jisim otot, kurangkan daya kekuatan dan keseimbangan badan
- Sering merasa lapar
- Merasa tertekan dan menjadi agresif
- Menjadi kurang berotot
- Badan semakin berlemak terutamanya pada bahagian perut
- Rambut mulai gugur
- Sukar untuk tidur dan insomnia
Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan juga pemeriksaan kesihatan oleh pakar jika ada gejala seperti yang disebut diatas.
Sumber: Hello Doktor