Zaman sekarang ni macam-macam masalah dan benda yang kita nak fikirkan kan? Tak cukup dengan masalah kita, masalah orang lain pun kita fikirkan. Sebab tu fikiran kita sering serabut dan bermasalah.
Jadi, hari ni kami nak berkongsi macam mana cara korang boleh buat untuk tenangkan fikiran:
1. Bernafas
Nampak simple je kan? Tapi sebenarnya bernafas ni sangat membantu menenangkan fikiran. Make sure cara korang bernafas tu betul. Kalau korang rasa terlalu serabut, berhenti seketika apa yang korang buat dan cuba bernafas sedalam-dalamnya. Kemudian, lepaskan perlahan-lahan. Confirm korang akan rasa lega gila.
2. Tengok ikan berenang
Tengok ikan di dalam akuarium pun sebenarnya boleh membuatkan fikiran kita menjadi sedikit tenang dan relaks. Satu kajian menunjukkan lagi besar sesebuah akuarium dan lagi banyak spesis ikan dalam tu, maka lagi gembiralah seseorang itu akan rasa. Kadar jantung dan tekanan darah pun menurun.
3. Hulurkan bantuan
Kalau korang rasa terlalu serabut, cuba korang hulurkan bantuan kepada orang lain. Satu kajian membuktikan kalau korang membelanjakan duit kepada orang lain badan korang akan menghasilkan endorphine (sejenis bahan kimia yang menghasilkan hormone kegembiraan).
4. Berangan
Since korang tengah serabut, cuba korang bayangkan benda-benda yan best seperti korang tengah enjoy sunset dekat pantai atau sedang berada di dalam hutan.
5. Rehatkan badan
Tiada apa yang lebih penting daripada kesihatan. Jadi, selepas dah melakukan pelbagai kerja, tak salah langsung untuk korang luangkan sedikit masa untuk badan. Berikan tubuh badan ruang untuk berehat. Jangan terlalu memaksa kerana takut akan jatuh sakit yang lebih teruk.
Sumber: WEBMD