3 Cara Nak Elak Rasa Mengantuk Lepas Waktu Lunch

3 cara nak elak rasa mengantuk lepas waktu lunch

Lepas makan tengah hari, mesti rasa mengantuk kan. Ye lah, waktu lunch tadi makan tak ingat ke dunia. So, sekarang rasa berat gila nak angkat kelopak mata. Padahal, banyak benda nak kena settle.

Jangan risau, mudah je masalah korang ni. So hari ni kitorang nak share dengan korang macam mana nak hilangkan rasa mengantuk selepas waktu lunch:

1. Jangan duduk je dekat meja, pergi jalan-jalan

Dah tau mengantuk tu jangan lah duduk je dekat meja. Cuba korang buat brisk walk atau jalan-jalan sekitar office. Nak lagi effective, korang naik turun tangga. Senaman ringkas ni boleh membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah dan menggalakkan tahap tenaga.

2. Minum air banyak

Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan yang mendorong rasa mengantuk, mood turun dan sukar untuk memberi tumpuan. Jadi, cara untuk mencegah semua benda tu adalah dengan minum air sepanjang hari. Hidrsikan badan anda. Tapi make sure minuman tu sihat dan bukannya minuman yang banyak gula atau bergas.

3. Makan makanan yang sihat

Selain daripada minum, korang kena make sure korang makan makanan yang sihat. Lebihkan sayur-sayur hijau dan makan makanan berprotein. Jangan ambil lemak terlalu banyak.

Sumber: FOOD NDTV