Musim durian nampaknya kini sudah kembali. Banyak gerai menjual durian dapat dilihat di beberapa kawasan mula dibuka dan sudah pasti peminat durian takkan melepaskan peluang ini.
Bagi mengelakkan daripada ditipu penjual durian, berikut adalah beberapa tips membeli durian yang boleh kita gunakan:
1. Lihat pada tangkai
Durian yang jatuh semulajadi daripada pokok mempunyai tangkai yang bergerigi. Jika terlihat tangkai berbentuk rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu.
2. Pilih buah yang ringan
Buah durian yang berat biasanya masih mentah dan isinya terlalu berair, bahkan mungkin juga busuk. Ambil durian yang tidak terlalu berat untuk isi durian yang lebih baik.
3. Goncangkan buah durian
Jika terasa sesuatu yang bergoncang di dalam buah durian, bererti isi buahnya jenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.
4. Pilih buah yang berbentuk bulat
Bentuk bulat menandakan daging buahnya besar. Kebanyakkan buah durian yang berbentuk lonjong biasanya memiliki isi buah sedikit.
5. Perhatikan pada kulit durian
Jika buah itu mempunyai duri jarang dan besar-besar, biasanya durian itu ada isi yang padat, tetapi jika duri pada kulit kecil dengan jarak antara duri dekat, isi durian itu pasti lembik.
6. Aroma dan bau yang kuat
Cara paling mudah adalah dengan mencium baunya, jika baunya kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasa buah menjadi hambar.