Satu kajian yang dijalankan hasil pemerhatian selama 20 tahun membuktikan cara mengajar anak dengan kekasaran iaitu memukul, boleh memberi kesan bukan sahaja pada fizikal malah kepada emosi kanak-kanak.
Kajian yang dibuat sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Elizabeth Gershoff dari University of Texas menunjukkan wujud perubahan kepada sikap kanak-kanak kepada keganasan dan tingkah laku antisosial jika mereka dibesarkan dengan cara sedemikian.
“Tiada bukti menunjukkan hukuman fizikal adalah baik untuk kanak-kanak. Semua bukti diperoleh menunjukkan hukuman fizikal adalah bahaya untuk perkembangan kanak-kanak,” katanya.
Kajian berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science melibatkan 1,030 pasangan kembar, termasuk 426 pasang kembar yang sama genetiknya, yang kebanyakannya mempunyai ibu bapa yang memperlakukan setiap kembar secara berbeza.
Para penyelidik mendapati bahawa dalam keluarga di mana ibu bapa menghukum dengan teruk satu saudara kembar tetapi tidak pada yang lain, terdapat peningkatan sifat kenakalan dan masalah emosi pada anak yang dipukul berbanding dengan saudara kembar mereka.
Tambah lagi, sebanyak 63 peratus atau dua pertiga daripada kanak-kanak seluruh dunia yang berusia 2 hingga 4 tahun, dilaporkan sering dipukul oleh ibu dan bapa mereka atas alasan mendidik.
Sumber: The Sun