Bahagian Mana Yang Wajib Anda Kemas Dulu Apabila Pindah Rumah?

Pindah rumah merupakan satu proses yang amat memenatkan.

bahagian mana yang wajib anda kemas dulu apabila pindah rumah?

Tapi jangan risau kerana kali ini Syok ingin berkongsi satu tips pindah rumah yang mungkin berguna kepada mereka yang bakal berpindah.

Sekiranya anda baru berpindah dari satu kediaman ke kediaman yang lain, anda disarankan untuk mengemas bahagian bilik terlebih dahulu.

Kerana, sekiranya anda mula merasakan penat setelah seharian mengemas barang-barangan, anda boleh memilih untuk terus merehatkan diri di atas katil di bahagian bilik yang sudah pun tersedia tadi!

Selain itu, anda juga boleh meletakkan perabot dan kotak-kotak yang mengandungi barang tertentu terus pada bahagian yang anda rancang untuk meletakkannya.

Dengan cara begitu, anda boleh terus unpack dan mengemas pada setiap satu bahagian rumah anda tanpa perlu membuang masa tercari-cari barang di dalam kotak di sekitar kediaman baru anda.

Mudah kan?

Sumber: BuzzFeed