Nak Naik Next Level Kat Mobile Legends, Kena Ada Equipment Yang Power!

Korang gamer sejati Mobile Legends? Korang kenalah tahu strategi, team work, dan peralatan yang betul kalau nak naik next level. Jadi apa equipment yang power yang korang kena tahu? Haaa sini kita kongsikan!

Marksmen:

nak naik next level kat mobile legends, kena ada equipment yang power!

Korang jenis yang suka membuat serangan dari jauh? Key utama korang adalah melakukan serangan yang hebat dari jarak yang jauh dan pada zon yang selamat. Jadi ini kelengkapan atau equipment yang patut korang ada sebagai Marksmen.

Swift Boots: Untuk kelajuan serangan tambahan. Korang akan tembak dengan lebih pantas dan cepat.

Berserker's Fury: Item ini menambahkan kerosakan kritikal, menjadikan korang gamer yang power kat battlefield!

Scarlet Phantom: Ini equipment yang paling perfect Berserker's Fury. Ia meningkatkan kelajuan serangan dan peluang serangan kritikal.

Blade of Despair: Haaa ni kalau korang betul-betul nak naik next level, kena ada ni! Sebab Blade of Despair akan tingkatkan serangan fizikal anda dan memberikan serangan terpaling power!

Windtalker: Windtalker meningkatkan kelajuan serangan. Lagi anyak korang serang, lagi banyak damage yang korang hasilkan. Baru power!

The Stalwart Tank:

nak naik next level kat mobile legends, kena ada equipment yang power!

Kalau korang jenis yang suka beraksi sebagai frontliner. Jangan risau! Kita ada juga tips untuk korang!

Warrior Boots: Korang boleh bergerak dengan pantas dan sentiasa steady je.

Athena's Shield: Shield ni untuk protect korang daripada magic.

Blade Armor: Untuk korang bertahan lebih lama daripada musuh

Dominance Ice: Perlambatkan musuh dan kurangkan kelajuan serangan mereka.

Cursed Helmet: Berikan kerosakan kawasan apabila berada dalam pertarungan sengit.

Banyak lagi tau guys, benda yang korang boleh buat kalau nak naik next level kat Mobile Legends. Kalau korang nak tau lebih lagi dengarkan podcast Podgamers!

nak naik next level kat mobile legends, kena ada equipment yang power!

Confirm korang boleh belajar banyak lagi pasal Mobile Legends! Dari tips dan tricks sehingga apa equipment yang penting kat ML. Dengar sekarang!