‘‘Eh Hari Ni Hari Apa?,’’ Masalah Pelupa Akibat Lockdown Berpanjangan

Buat mereka yang terkurung lama di rumah sejak pandemik COVID19, pernah tak mempunyai kesukaran dalam menentukan hari atau sering merasa lupa?

‘‘eh hari ni hari apa?,’’ masalah pelupa akibat lockdown berpanjangan

Jika YA, anda bukanlah keseorangan kerana masalah ini juga sedang menghantui ramai lagi individu yang terkesan dengan lockdown COVID-19.

 

Kesan daripada lebih setahun kita menempuh PKP demi PKP, banyak masa dihabiskan di rumah tanpa interaksi sosial yang mana mendorong kepada masalah pelupa.

 

Menurut Dr. Catherine Loveday dari University of Westminster, ramai yang mengakui mereka sering lupa dan tidak lagi mampu mengingat seperti dahulu. Malah, ada juga yang bersetuju bahawa mereka tidak boleh kekal fokus dalam satu jangka masa yang lama.

‘‘eh hari ni hari apa?,’’ masalah pelupa akibat lockdown berpanjangan

Hasil kajian oleh Dr. Loveday dalam jurnal Disability and Rehabilitation menunjukkan bahawa hampir 80% peserta temu bual beliau mengalami masalah ingatan ketika pandemik. Mereka mendapati sering menjadi lupa terutama ketika membaca dan terpaksa membaca ayat yang sama berkali-kali sebelum kembali ‘hanyut’ dalam pembacaan.

 

Masalah ini dikenali sebagai ‘brain fog’ atau kabus otak. Ia bukanlah sejenis penyakit, namun puncanya juga tidak dapat dikenal pasti. Antara punca terjadi brain fog adalah stres dan kebimbangan yang menyebabkan fungsi kognitif otak mula merosot.

‘‘eh hari ni hari apa?,’’ masalah pelupa akibat lockdown berpanjangan

Apabila fungsi kognitif mula merosot, kita akan mengalami masalah berfikir, mengingat, membuat keputusan dan juga menyelesaikan masalah.

 

Ketika lockdown, kita cenderung melakukan aktiviti yang sama sahaja setiap hari dan tidak memberi rangsangan positif pada otak.

 

Sebagai cara mengelakkan ia dari berlaku, cuba lakukan sedikit kelainan aktiviti bagi mengaktifkan semula otak kita. Misalnya berjalan kaki, atau berjoging setiap pagi. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah membantu memperbaiki mood anda.

 

Sumber: Hello Doktor