Masa kini, terdapat banyak gajet canggih yang mana ia digunakan bagi membantu kehidupan seharian, termasuklah proses pendengaran.
Terdapat alat yang digunakan bagi menyalurkan bunyi tepat ke dalam telinga iaitu earphone dan headphone.
Kedua-dua alat ini mempunyai satu fungsi yang sama iaitu menyalurkan data berbentuk bunyi melalui wayar atau tanpa wayar dari satu peranti ke peranti seperti telefon pintar, komputer riba, dan pemain alat muzik bagi mengelak menggangu orang ramai.
Namun begitu, risiko penggunaan kedua-dua alat ini adalah ia mampu menurunkan keupayaan telinga untuk mendengar jika ia disalahgunakan seperti nada yang terlampau kuat atau penggunaan dalam jangka masa panjang/lama.
Walau bagaimanapun, bagi urusan kerja mahupun peribadi, sudah tentu sukar untuk mengelak daripada menggunakannya. Jadi, antara earphone dan headphone, mana yang lebih baik untuk telinga?
Menurut Pakar Audiologi Dr. Maria Wynens, earphone sebenarnya adalah lebih berbahaya kepada telinga berbanding headphone.
“Memandangkan ia akan berada lebih dekat dan dalam telinga, ia secara semula jadi akan meningkatkan skala bunyi pada sekitar 9 desibel”, jelas beliau.
Headphone dikatakan mampu menghalang bunyi persekitaran luar daripada masuk bersama audio yang ingin didengari dalam telinga. Maka, pengguna tidak perlu meninggikan volume bagi mendengar muzik atau sebarang audio daripada peranti masing-masing.
Meskipun begitu, earphone tidaklah memudaratkan jika ia digunakan dengan cara yang betul.
Kesimpulannya, apa sahaja penggunaan alat yang secara langsung berhubung dengan deria pendengaran pasti akan ada kesannya, apatah lagi jika terlebih atau salah guna. Jadi, bertindaklah dengan bijak!
Sumber: Hello Doktor