Lelaki Pakai Warna Pink, Apa Maksud Disebaliknya?

Warna merah jambu adalah warna yang terhasil daripada kombinasi warna merah, biru dan putih.

lelaki pakai warna pink, apa maksud disebaliknya?

Secara umumnya, warna ini sering dikaitkan dengan wanita dan jarang sekali lelaki gemar kepada warna ini.

 

Namun, ada juga lelaki yang suka kepada warna merah jambu dan dikatakan individu itu adalah lembut atau mat bunga.

lelaki pakai warna pink, apa maksud disebaliknya?

Jangan tersilap kerana merah jambu adalah salah satu warna yang sering menjadi pilihan ramai lelaki kerana pemakai warna ini boleh menunjukkan sifat dalamannya yang bagus, tenang dan pembersih.

 

Memakai warna merah jambu boleh menjadi tanda keperluan seseorang itu untuk mengekspresikan diri, mungkin akan mencari perhatian atau dikenali sebagai ekstrovert.

 

Sejak dari era tahun 60-an, di mana industri fesyen global mula mengelaskan warna mengikut jantina yang bertujuan untuk meningkatkan penjualan, warna merah jambu telah dianggap sebagai warna uniseks. Sebenarnya, pada abad ke-18 lelaki pada zaman itu telah pun mula memakai sut bunga sutera merah jambu.

lelaki pakai warna pink, apa maksud disebaliknya?

Selanjutnya, sehingga abad ke-20, kanak-kanak lelaki mengenakan gaun serba putih uniseks, tetapi ketika warna digunakan, anak lelaki berpakaian merah jambu. Warna merah jambu ketika itu tidak dianggap warna yang menentukan jantina.

 

Pada tahun 1900-an Brooks Brothers memperkenalkan baju berwarna merah jambu pertama yang menjadi sangat popular di kalangan lelaki.

 

Menurut laman Color Psychology, bagaimanapun terdapat dua ciri negatif yang mungkin ada pada si pemakai merah jambu ini iaitu tidak matang dan terlalu emosional.

 

Jadi kesimpulannya, terpulanglah kepada si pemakai untuk menilai maksud sebenar disebalik warna merah jambu. Jika anda selesa dengan warna tersebut, maka cubalah bereksperimentasi dengan pemilihan pakaian yang sesuai dengan diri anda.

 

Sumber: Color Psychology / Itsmanclass