Menurut satu kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti di Fakulti Pengurusan Buffalo mendapati, mereka yang mempunyai rupa paras menarik, cantik dan juga kacak lebih mudah ditawarkan pekerjaan serta mendapat penilaian prestasi yang lebih baik.
Berbeza dengan individu dengan penampilan kurang menarik, mereka boleh mendapat peluang sama jika berdiri dalam postur badan yang menggambarkan ‘kehebatan’.
Postur badan yang dimaksudkan adalah dengan melebarkan bahu, meletakkan tangan pada pinggul serta dagu ke atas.
“Dengan mendapatkan postur fizikal yang dikaitkan dengan kuasa dan keyakinan, mereka yang berpenampilan kurang menarik boleh mengurangkan perbezaan dalam pencarian pekerjaan,” jelas penulis kajian itu, Min-Hsuan Tu dalam satu kenyataan.
Kajian dibuat dengan mengumpulkan data dari Mac 2015 hingga Februari 2016, dan penampilan peserta dinilai dalam skala satu (paling tidak menarik) hingga lima (paling menarik).
Satu lagi kajian dilakukan dengan kedua-dua kajian itu mengumpulkan 300 peserta yang menyertai pencarian kerja secara palsu bersama sebuah syarikat, diikuti sesi temu ramah selama tiga minit bersama pengurus.
Hasilnya, pengurus melihat mereka yang berpenampilan menarik, cantik dan juga kacak lebih cenderung untuk ditawarkan pekerjaan, termasuklah juga mereka yang mempunyai gerak-geri yang menarik.
Sumber: [1]