Ok gais, kitorang nak membawa berita kepada korang semua.
Btw, kalau korang tengah mengantuk, baca artikel ni dan tunjukkan kepada bos korang. Katakan kepada mereka bahawa kalau pekerja tidur sekejap pada waktu tengah hari sebenarnya boleh meningkatkan produktiviti mereka.
Benda ni bukan main cakap je kay. Faktanya, perkara ini telah pun dikaji dan disahkan oleh National Sleep Foundation. Menurut kajian itu, tidur sebentar selama 30 minit boleh mengembalikan tahap peka seseorang, menggalakkan tingkah laku dan mengurangkan kesalahan serta kemalangan.
Selain tu, ini 4 lagi kebaikan tidur sekejap pada waktu tengah hari:
1. Menggalakkan memori
2. Mengurangkan tekanan dan anxiety
3. Meningkatkan fungsi kognitif dan kretiviti
4. Prestasi lebih hebat daripada kesan pengambilkan kafein
Sumber: Tameday.com