Kalau Selalu Bersin, Kena Buat Ujian COVID-19 Ke?

Sebelum pandemik COVID-19, simptom seperti hidung berair, sesak nafas dan bersin mungkin dianggap sebagai penyakit biasa sahaja.

kalau selalu bersin, kena buat ujian covid-19 ke?

Tetapi kini sejak-sejak adanya wabak COVID-19, simptom-simptom ini dianggap sebagai membahaya dan boleh mendatangkan kerisauan sekiranya tidak dikesan atau dirawat dengan segera.

kalau selalu bersin, kena buat ujian covid-19 ke?

Pun begitu, masalah hidung berair, sesak nafas dan kerap bersin ini sering dikaitkan dengan demam selesema. Namun jangkitan virus, anemia, asma, paru-paru sempit, batuk berdarah, rhinitis dan pharyngitis juga boleh memberikan kesan yang serupa kepada individu berkenaan.

 

Ini bermaksud, jika seseorang itu mempunyai ketiga-tiga simptom ini, ia seharusnya dipandang serius dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya.

 

Tambah pula, simptom-simptom itu juga sering disebut sebagai tanda jangkitan kepada wabak COVID-19.

kalau selalu bersin, kena buat ujian covid-19 ke?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), simptom-simptom terkena virus COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Demam (melebihi suhu 37.5 darjah celsius)
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas
  • Hidung berair
  • Kerap bersin
  • Sering batuk
  • Lenguh badan
  • Sakit sendi
  • Keletihan

 

Perlu diingatkan, ada juga pembawa virus yang tidak bergejala seperti diatas, membuatkan pengesanan mereka yang positif COVID-19 menjadi lebih sukar.

 

Justeru, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendiagnos punca sebenar simptom berkenaan. Hanya ujian saringan yang boleh menentukan sama ada anda positif COVID-19, mahupun sebaliknya.

kalau selalu bersin, kena buat ujian covid-19 ke?

Sumber: Hello Doktor