Dr Karan Raj yang juga merupakan doktor di National Health Service, United Kingdom menjelaskan sebab kenapa kita tidak digalakkan untuk terus mengemas katil sebaik sahaja bangun dari tidur.
Kebiasaannya, kita pasti akan mengemas tempat tidur kita sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun sebenarnya, kita perlu membiarkan tempat tidur kita itu untuk seketika, sebelum kita boleh mengemaskannya.
Menurut Dr Raj, ketika tidur semalaman, habuk hama akan terperangkap dalam selimut, cadar dan juga sarung bantal tanpa kita sedari.
"Berhentilah terus mengemaskan tempat tidur anda pada waktu pagi, kerana ini akan menjadikan anda sihat.
"Tempat tidur anda pada waktu pagi menjadi lokasi untuk hama terkumpul sepanjang malam. Pemangsa mikroskopik ini, yang panjangnya kurang dari satu milimeter, akan memakan kulit manusia dan suka hidup di persekitaran yang lembap.
"Ketika kita tidur pada waktu malam, badan kita menjadi hangat dan berpeluh, menjadikannya sasaran utama untuk hama ini.
"Hama akan meninggalkan lebihan bahan perkumuhan yang boleh memberikan kita asma atau gejala seperti alergi.
"Oleh itu, jangan terus kemas katil dan tempat tidur anda setiap pagi, sebaliknya biarkan ia untuk seketika pada udara dan cahaya matahari. Hama ini akan mati dengan sendirinya," kata Dr Raj dalam video di Tiktok.
Perkara ini turut disokong oleh pakar pencucian, Mrs D yang mendakwa kita perlu membiarkan tempat tidur kita ‘bernafas’ untuk seketika setiap pagi agar ia lebih bersih dan tidak mendatangkan penyakit kepada kita.
Sumber: Ladbible