Elak Makanan Berminyak, Ini Cadangan Makanan Waktu Sahur

Selain menu untuk berbuka puasa, makanan atau minuman semasa bersahur juga sangat penting sebagai persediaan untuk melakukan sebarang pekerjaan pada keesokan hari.

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Selepas menahan diri daripada lapar dan dahaga, adalah satu kerugian jika kita tidak menjaga pengambilan makanan kita semasa waktu sahur.

 

Ramai yang mungkin akan mengambil makanan berat semasa bersahur seperti nasi, ayam goreng, minuman manis atau makanan segera yang tidak menyihatkan. Makanan dan minuman seperti ini boleh menyebabkan dehidrasi, seterusnya menjejaskan puasa anda keesokkan hari.

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Berikut adalah antara cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari:

 

#1 Makanan yang kaya protein

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Makanan yang kaya protein akan menyebabkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Selain tu, makanan yang tinggi protein juga membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah. Antara beberapa contoh makanan yang kaya dengan protein:

  • Telur
  • Ayam (tanpa kulit amat digalakkan)
  • Daging
  • Ikan
  • Kacang-kacangan

 

#2 Makanan yang kaya lemak sihat

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Bukan semua makanan yang berlemak ini tak baik bagi tubuh badan. Makanan yang kaya dengan lemak sihat sangat diperlukan bagi memberikan tenaga, menggalakkan perkembangan sel dalam badan, melindungi organ, menghangatkan badan, menyerap nutrien, dan juga menghasilkan hormon-hormon.

 

Antara beberapa contoh makanan yang kaya lemak sihat:

  • Avokado
  • Kelapa
  • Buah zaitun
  • Kacang badam
  • Kacang walnut
  • Ikan salmon

 

#3 Makanan berserat tinggi

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Selain membantu dalam memberikan tenaga yang berpanjangan, makanan berserat tinggi juga boleh menggalakkan pencernaan, meningkatkan daya tumpuan, dan memulihkan rasa pedih ulu hati. Antara contoh makanan berserat tinggi yang amat digalakkan masa bersahur:

  • Nasi perang
  • Kentang
  • Roti gandum

 

#4 Makanan yang tinggi kandungan air

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Dehidrasi dan keletihan ialah benda yang biasa terjadi ketika berpuasa, jadi banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan air, contohnya seperti:

 

  • Sayuran hijau (bayam, brokoli dll.)
  • Timun
  • Tomato
  • Saderi
  • Ubi keledek

 

#5 Makanan yang kaya antioksidan

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur

Antioksidan penting dalam melindungi sel-sel dalam badan. Contoh makanan yang kaya dengan antioksidan dan sesuai dimakan masa sahur ialah:

  • Beri biru
  • Anggur
  • Epal
  • Strawberi

 

Haa, kalau korang dah mulakan tabiat makan makanan yang menyihatkan masa sahur, jangan lupa berbuka puasa dengan makanan yang menyihatkan juga. Selamat berpuasa daripada kami di SYOK!

elak makanan berminyak, ini cadangan makanan waktu sahur