CUCKOO Dah 10 Tahun! Ini 4 Kejutan Patut Korang Tahu! Memang Menyalaaa

Artikel ini ditaja oleh CUCKOO

kejutan ulang tahun ke-10 cuckooKredit: CUCKOO

Rasa macam baru je pasang CUCKOO dekat rumah, pejam celik rupanya dah 10 tahun ye! Bayangkan dah 10 tahun CUCKOO memudahkan kehidupan kita.

Tak cukup dengan tu, sempena anniversary ke-10 ni, CUCKOO ada surprise untuk korang!

4 Kejutan Sempena Ulang Tahun CUCKOO ke-10! 

#1 Syok Fest Kita! 13 Radio Bergabung & Ada Festival! 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

Bayangkan 13 stesen radio ‘on air’ selama 18 jam di Syok Fest Kita! Tapi apa kaitan dengan CUCKOO?

Surprise! CUCKOO akan taja Syok Fest Kita yang berlangsung 6 hingga 8 September di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam.

Jom pakat ramai-ramai serbu Syok Fest Kita sebab ada:

  • Siaran langsung radio selama 18 jam
  • Aktiviti onz & hadiah yang amazing!
  • Tiket festival percuma
  • Penampilan istimewa duta CUCKOO, Jaclyn Victor pada 7 September.

Masa ni lah korang nak jumpa sendiri depan mata sebab Jac sendiri akan berada di pentas untuk beramah mesra & ‘belanja’ korang banyak hadiah eksklusif!

#2 Menyanyi Lagu #SAMASAMA CUCKOO & Surprise… Boleh Menang RM30,000! 

Ingat je CUCKOO, mesti terbayang lagu #SAMASAMA! Tapi korang dah dengar belum lagu #SAMASAMA versi 2.0 yang menampilkan duta terkenal mereka?

Kalau belum dengar, korang layan je video atas ni okay!

Bukan tu je, sempena #SAMASAMA versi baru ni, CUCKOO nak ‘payung’ hadiah kalau korang menyanyi bersama! Follow je langkah ni 👇

  1. Pilih artis duta jenama CUCKOO pilihan
  2. Duet '#SAMASAMA' di TikTok
  3. Peluang menang hadiah bernilai sehingga RM30,000!

#3 CUCKOOTOPIA Pesta Muzik! Sitizoners Wajib Datang Okay! 

Memang kejutan betul sebab CUCKOO ada ‘10th anniversary festival’ besar-besaran CUCKOOTOPIA pada 16 November di Sunway Lagoon Surf Beach!

Paling gempak, CUCKOOTOPIA ni menggabungkan ramai penyanyi A-list termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong dan banyak lagi.

Paling best, mesti ada tiket PERCUMA tau, tak main lah jual-jual! 😉

Mudah je, korang just standby pengumuman di media sosial CUCKOO untuk info terkini mengenai tiket percuma ni okay!

#4 Diskaun Kaw-Kaw Dengan TENtastic Deal!  

promosi cuckoo sempena ulang tahun ke-10Kredit: CUCKOO

Tak lengkap rasanya kalau sambut ulang tahun CUCKOO tanpa diskaun kan! Tapi percaya lah kali ni memang TENtastic habis guys!

Korang boleh nikmati diskaun RM10 selama 10 bulan untuk pelan sewaan CUCKOO termasuk Penapis Air CUCKOO, Penapis Udara CUCKOO, Kerusi Urut CUCKOO BESPOKE, Mesin Basuh & Pengering CUCKOO KNIGHT dan banyak lagi

Info lanjut mengenai promo CUCKOO, korang boleh layari 👉CUCKOO atau check out je platform media sosial mereka!

#CUCKOO10thAnniversary #CUCKOOTOPIA #SAMASAMAHealthier