‘Jangan Tengok Phone 30 Minit Sebelum Tidur’ Antara Pesanan Doktor Ini Untuk Tidur Lena

Ramai antara kita yang mungkin menghadapi masalah untuk tidur lena setiap malam, akibatnya badan menjadi letih dan lesu setiap kali bangun dari tidur.

‘jangan tengok phone 30 minit sebelum tidur’ antara pesanan doktor ini untuk tidur lena

Namun sedar tak, telefon bimbit yang kita gunakan setiap hari merupakan antara penyebab kita tidur tidak lena?

‘jangan tengok phone 30 minit sebelum tidur’ antara pesanan doktor ini untuk tidur lena

Menurut Dr. Erna Nadia, telefon bimbit menjadi punca kita menjadi ‘ralit; sampaikan tidak sedar masa terus berlalu sampai ke pagi.

 

TIP BAGI MUDAH TIDUR

Ada sesetengah orang, bila letak sahaja kepala pada bantal, terus lelap. Malah, ada pelbagai cara buat orang tidur tanpa sedar. Kita tak tahu.

Ada orang yang duduk atau berdiri kalau dah mengantuk pun boleh lena. Mungkin ada juga orang kena baring dalam bilik gelap, baru boleh lena atau kena ada cahaya terang baru boleh lena.

Tapi ada juga orang yang ada masalah susah nak lena sebabnya ada yang berfikiran serabut, faktor usia atau disebabkan penyakit.

Bagi yang ada masalah tidur sebab banyak fikir atau kepala berserabut atau tidak tahu sebab apa, bolehlah cuba amalkan perkara ini:

  1. Elakkan mengambil apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi kafein di dalamnya. Contohnya kopi, teh, coklat, minuman bergas. Boleh saja ambil tapi masa terkahir adalah sebelum waktu Asar atau 8 jam sebelum waktu tidur (elok set untuk tidur pukul 10 malam).
  2. Sibukkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti yang aktif. Banyakkan berjalan dan bergerak semasa di tempat kerja atau semasa belajar.
  3. Cuba cari masa untuk bersenam pada petang itu. Dapat 30 minit pun dah ok. Senaman yang melibatkan moderate intensity seperti berjoging, berenang, lompat bintang, erobik, yoga, zumba.
  4. Pastikan makan malam awal, iaitu sebelum Maghrib atau 4 jam sebelum tidur. Jangan makan yang terlampau berat atau terlampau ringan. Jangan pula tak makan, nanti tengah malam dah lapar.
  5. Cuba set up tempat tidur supaya tenang untuk rehat dan tidur. Bersikan tempat tidur. Tukar cadar, letak wangi wangi sikit. Kalau rajin nak ubah posisi katil pun okay sebab setengah orang mood berubah bila posisi berubah.
  6. Bila sampai masa tidur, tutup semua lampu atau jika tak biasa, buka lampu tidur sahaja.
  7. Setengah orang suka ada muzik. Boleh pasang muzik ada bunyi laut atau hujan atau bunyi alarm.
  8. Ada orang yang suka kalau diam-diam. Jadi tutup semua muzik yang ada.
  9. Silentkan telefon bimbit anda. Jauhkan semua gajet anda dari katil. Pastikan anda tidak tengok gajet 30 minit sebelum tidur.
  10. 30 minit nak tidur, gajet dah letak jauh, cuba baca buku atau terus baring. Jika sudah baring, terus tutup lampu. Boleh juga pakai mask (bukan surgical mask tau)
  11. Boleh cuba minum secawan susu panas atau segelas susu sebelum tidur. Insya Allah ia membantu. Perut akan rasa selesa untuk tidur.
  12. Solat sunat 2 rakaat atau solat Isyak dulu. Cuba buat dalam suasana lampu kelam kelam gitu.
  13. Maafkan semua orang lepas baca doa tidur. Dan cubalah untuk tidur.
  14. Kalau tak boleh juga, bacalah buku jurnal perubatan. Confirm mengantuk.

 

Semoga bermanfaat!

 

Sumber: Media Hiburan / Dr Erna Nadia