Cara Mudah Nak Hafal Dan Ingat Sesuatu Dengan Cepat

Ramai antara kita yang mungkin menghadapi kesukaran untuk menghafal, lebih-lebih lagi subjek yang melibatkan daya ingatan.

cara mudah nak hafal dan ingat sesuatu dengan cepat

Khasnya golongan pelajar, ada subjek yang perlu dibaca berulang kali, tapi nampaknya ia begitu sukar untuk melekat di minda.

 

Berikut adalah tips dan cara mudah yang boleh digunakan untuk membantu dalam proses menghafal serta mengingat sesuatu dengan cepat:

 

1. Tenangkan fikiran, pilih waktu yang sesuai untuk menghafal sebaiknya waktu pagi iaitu sebelum dan selepas subuh.

2. Fokus, dan baca berulang kali, sebaik-baiknya ulang hingga 7 kali bacaan.

3. Gunakan rakaman suara supaya kita boleh mendengar kembali apa yang sudah dihafal.

4. Tulis kembali apa yang sudah di hafal atas sehelai kertas. Lebih baik jika hasilkan satu peta minda.

5. Ajarkan pada orang lain supaya kita lebih cepat faham dan ingatan lebih kukuh.

6. Berdoa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang kuat.

 

Semoga kaedah ini dapat membantu mereka khasnya pelajar mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan tiba.

 

Sumber: Sembangkejayaan