Tidur merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua manusia. Ketika waktu ini, badan dan mental akan berehat selepas seharian bekerja sebelum bersedia untuk hari berikutnya.
Kehilangan tidur yang mencukupi boleh mempengaruhi mood, tenaga, ketajaman mental dan kemampuan individu itu menangani tekanan dan masalah.
Terdapat beberapa kesan buruk yang mempengaruhi manusia sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan tidur mencukupi seperti;
- Keletihan, kelesuan, dan kekurangan motivasi
- Tinggi risiko mengalami kemurungan
- Hilang tumpuan
- Sistem imun yang lemah
- Masalah kesihatan seperti strok, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan barah tertentu
Persoalannya, berapakah waktu minimum bagi seseorang itu untuk tidur?
Memetik laporan dari portal Hello Doktor, secara umumnya manusia dewasa perlu tidur sekitar 7 hingga 9 jam sehari dan tempoh ini adalah berbeza untuk peringkat usia yang lain.
- Bayi yang baru lahir (0 hingga 3 bulan): Jangka waktu tidur menjadi 14 hingga 17 jam setiap hari (sebelumnya 12 hingga 18 jam)
- Bayi (4 hingga 11 bulan): Jarak tidur dikurangkan sebanyak dua jam menjadi 12 hingga 15 jam (sebelumnya 14 hingga 15 jam)
- Kanak-kanak (1 hingga 2 tahun): Jarak tidur dikurangkan satu jam menjadi 11 hingga 14 jam (sebelumnya 12 hingga 14)
- Kanak-kanak prasekolah (3 hingga 5 tahun): Waktu tidur diturunkan satu jam menjadi 10 hingga 13 jam (sebelumnya 11 hingga 13)
- Kanak-kanak usia sekolah (6 hingga 13 tahun): Jarak tidur dikurangkan satu jam menjadi 9 hingga 11 jam (sebelumnya 10 hingga 11)
- Remaja (14 hingga 17 tahun): Jarak tidur diturunkan satu jam menjadi 8 hingga 10 jam
- Dewasa muda (18 hingga 25 tahun): Jarak tidur adalah 7 hingga 9 jam (kategori umur baru)
- Dewasa (26 hingga 64 tahun): Jarak tidur tidak berubah dan tetap di sekitar 7 hingga 9 jam
- Orang dewasa lebih tua (65 tahun ke atas): Jarak tidur adalah 7 hingga 8 jam (kategori umur baru)
Bagi mengira jam tidur pula bermula dengan masa yang dipilih untuk anda bangun daripada tidur, jangka waktu tidur yang bersesuaian dengan usia anda dan juga tempoh masa 15 minit yang diperlukan untuk tidur.
Untuk mereka yang mempunyai masalah tidur disebabkan masalah tertentu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor bagi mengelakkan ia berlarutan lebih lama. Kurang tidur boleh memberikan kesan buruk kepada fizikal dan emosi seseorang.
Sumber: Hello Doktor