Terdapat pelbagai cara untuk menghiaskan ruangan dalam rumah, khasnya pada ruang dinding. Ada yang menggunakan cat, dan ada juga yang menggunakan wallpaper.
Namun sejak beberapa bulan yang lalu, teknik hiasan dinding ‘wainscoting’ dilihat semakin menjadi pilihan ramai, kerana ia membuatkan ruangan dinding itu kelihatan lebih cantik dan menarik.
Memetik hantaran dari Mingguan Wanita dan sumber dari Aiman Azmi, beliau hanya menggunakan modal serendah RM70 bagi menghasilkan sendiri ‘wainscoting’ pada ruangan dinding rumahnya.
“Time PKP 2.0 ni banyak mase dok rumah dgn keluarga.. sebenarnya banyak idea yg aku dgn isteri ada untuk deco rumah..salah satu nye wainscoting..tp almaklumlah zaman2 covid ni..gaji kena potong maka terkubur lah niat semua tu..
“Tapi kali ni setelah beberapa hari ngadap u tube tengok cara buat wainscoting..aku cuba buat sendri mngikut bajet yg ada..bajet aku kli ni xde lah besar..dalam rm100 inggit je..entah cukup ke x lain kire..kita try dulu.
“So ni lah hasil nya wainscoting bajet bawah rm100..nampk okey la..dari upah org..xtahu la berapa yg kena ni..yg penting isteri happy..'happy wife happy life'..hehe
“Yang paling penting..keseluruhan kos hanya lah rm70..termasuk lah segala mak jenis silikon,gam,kayu dan peralatan lain mcm dlm gmbr..(cat xtermasuk sebab aku pakai yg lebihan cat rumah sebelum ni),” ujarnya sambil berkongsikan video cara pemasangan di Youtube.
Nampak senang kan?
Sumber: Aiman Azmi // Mingguan Wanita