Rasa Macam Sakit Perut, Awas Tanda-Tanda Kanser Ovari Mirip Penyakit Lain

Ciri kanser ovari amat sukar dikenalpasti kerana secara umumnya ia hampir sama dengan simptom penyakit lain seperti sakit perut.

 

Ovari merupakan sebahagian daripada sistem reproduktif wanita yang berbentuk bujur serta berukuran kira-kira 4 sentimeter. Ia antara organ yang sering mendapat ancaman kanser dan sukar dirawat jika sudah mencapai tahap akhir.

rasa macam sakit perut, awas tanda-tanda kanser ovari mirip penyakit lain

Antara simptom bagi kanser ovari adalah seperti kembung perut, cepat berasa kenyang, berat badan menurunm rasa tak selesa pada pelvis dan sering mengalami sembelit. Namun, ciri-ciri ini bersifat umum dan boleh berlaku disebabkan penyakit lain.

 

Selain kanser, ovari wanita juga terdedah kepada penyakit yang disebut sebagai sista ovari. Ia mempunyai simptom sama seperti kanser ovari dan juga jarang berlaku. Kebanyakkan sista ovari akan hilang dengan sendirinya tanpa rawatan dalam masa beberapa minggu ke beberapa bulan.

rasa macam sakit perut, awas tanda-tanda kanser ovari mirip penyakit lain

Walau bagaimanapun, sista ovari yang pecah akan menunjukkan beberapa simptom seperti sakit pelvis, rasa sengkak atau ‘penuh’ pada kawasan abdomen dan perut kembung. Pada masa yang sama, simptom ini juga hampir sama dengan kanser ovari wanita.

 

Selain itu, PMS juga merupakan sesuatu yang tidak asing bagi kaum Hawa. Berbeza dengan kanser, PMS akan muncul beberapa hari sebelum wanita datang haid dan coraknya juga mudah untuk diramal meskipun simptomnya juga sama seperti kanser ovari.

rasa macam sakit perut, awas tanda-tanda kanser ovari mirip penyakit lain

Malah, ada banyak lagi penyakit lain yang dilihat mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri dan simptomnya kepada kanser ovari, Justeru, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor jika menghidap simptom yang sukar dijelaskan dan jangan sesekali mengabaikan simptom tersebut lebih-lebih lagi jika ia tejadi dalam tempoh masa lama.

 

Kanser sukar dikesan awal, namun doktor boleh mengenalpasti punca simptom tertentu jika anda melakukan pemeriksaan dari mula.

 

Sumber: Hello Doktor