Apa Turutan Yang Betul Bila Nak Pakai Produk Penjagaan Kulit, Terutama Kulit Yang Sensitif?

apa turutan yang betul bila nak pakai produk penjagaan kulit, terutama kulit yang sensitif?

Kredit: torwaiphoto/Freepik.com

Dalam apa perkara sekalipun, mesti ada langkah-langkah yang kita kena ikut dengan turutan yang betul, kalau tak jadi caca marba. Macam tu jugak bila nak pakai produk penjagaan kulit ataupun kosmetik. Tak boleh main bedal je tau, sebab takut kulit jadi tak cantik, terutama kulit sensitif.

Kalau korang punya kulit sensitif, pastikan korang betul-betul ikut turutan yang disyorkan pakar kecantikan bila nak pakai produk penjagaan kulit. Ni turutannya:

Langkah 1: Cuci muka bersih-bersih

Tak kiralah siang ke malam, korang kena mula dengan mencuci muka hingga bersih. Nak lagi baik gunakan air hangat. Pastikan produk pencuci muka korang tu sesuai digunakan setiap hari, siang dan malam serta mengandungi kandungan semulajadi agar tak merengsakan kulit yang sensitif.

Langkah 2: Exfoliate muka korang at least 1-2 kali seminggu

Ni untuk memastikan agar korang punya kulit tak kusam dan bermaya disebabkan oleh sel-sel kulit mati yang terkumpul pada muka.

Langkah 3: Lembapkan kulit muka dengan moisturizer

Nak kulit wajah nampak segar dan glowing kena gunakan day cream yang boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah sepanjang hari.

Langkah 4a: Pakai day cream dengan perlindungan matahari

Pendedahan terhadap cahaya matahari yang kuat boleh mempercepatkan proses penuaan, menyebabkan kulit korang mudah kering dan berkedut. Kalau nak perlindungan yang mantap, korang boleh pakai day cream yang ada SPF 30 hingga SPF 50.

Langkah 4b: Pakai night cream lepas mandi malam atau sebelum tidur

Bila kita tidur, kulit kita akan menjalankan tugasnya dengan memperbaharui sel kulit yang baru dan memulihkan kulit. Pastikan korang pakai night cream bagi mengekalkan kelembapan kulit walaupun masa tengah tidur agar kulit tak mudah kering, especially kalau korang pasang aircond.

Kalau korang berkulit sensitif, korang digalakkan untuk memakai produk penjagaan kulit atau kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi agar tak merengsakan kulit.

Kitorang sarankan korang untuk try PUTIQ SKINCARE 4-in-1 Set ni yang termasuk PUTIQ B-Soap, PUTIQ V-Cream, PUTIQ Day Cream, dan PUTIQ Night Cream.

apa turutan yang betul bila nak pakai produk penjagaan kulit, terutama kulit yang sensitif?

Kredit: PUTIQ SKINCARE FB

Harga produk PUTIQ SKINCARE bermula dari RM14.50 hingga RM60, so memang affordable sangat! Semua produk mereka mengandungi bahan semulajadi dan amat sesuai untuk mengatasi masalah kulit sensitif.

Kalau nak tau lagi lanjut tentang set ni atau nak beli online, check out Facebook PUTIQ SKINCARE atau Instagram PUTIQ SKINCARE.