Trik Hilangkan Masalah Kasut Berbau

Standard la, masalah bau kasut ni, sometimes ia terjadi disebabkan tak pakai stoking, musim hujan jadi kasut pun lembab, kasut terlalu lama dan macam macam lagi punca bau kasut ni. Jangan risau guys! Korang boleh cuba cara ini untuk mengelakkan bau kasut yang boleh bawak gaduh.


1.    SUMBAT KASUT DENGAN SURAT KHABAR

trik hilangkan masalah kasut berbau
Cara ini adalah antara cara yang paling mudah dan penjagaan yang very low cost. Bau busuk akan diserap oleh surat khabar kalau dibiarkan semalaman.

2.    PENGGUNAAN BEDAK

trik hilangkan masalah kasut berbau
Untuk kasut yang lembab boleh cub acara ini, taburkan bedak ke dalam kasut untuk hilangkan bau bauan yang kurang enak.


3.    CUBA PAKAI BAKING SODA

trik hilangkan masalah kasut berbau
Sama seperti bedak, taburkan baking soda kerana bahan ini mampu menyerap bau busuk dan mengekalkan kesegaran pada kasut.

4.    LETAKKAN UNCANG TEH

trik hilangkan masalah kasut berbau
Cara ini yang paling ramai orang buat, tetapi salah, korang kena rendamkan uncang teh dalam air panas sebelum masukkan ke dalam kasut. Cara ini dapat menghilangkan bau yang kurang enak yang disebabkan oleh bakteria.

5.    TRY LEMON

trik hilangkan masalah kasut berbau
Last but not least, cara yang paling best, perahkan sedikit lemon dalam kasut dan tinggalkan kepingan lemon semalaman. Honestly cara ini sangat berkesan kerana lemon mempunyai bau yang kuat yang mampu menghilangkan bau kasut dengan mudah dan berkesan.

*Jangan ambil mudah tentang masalah bau busuk pada kasut kerana ia mengganggu orang yang berdekatan juga. Kesian orang sebelah terpaksa menahan perit bau kasut. Selamat mencuba!

Sumber

Oleh: Khalie Azmi