Tips Supaya Crush Boleh Jatuh Hati Dengan Korang

tips supaya crush boleh jatuh hati dengan korang

Semua orang mesti ada crush kan? Tipu lah kalau tak ada. Tapi kadang-kadang kita tahu ke si dia tu suka dekat kita balik ke? Ataupun persoalan yang paling famous, macam mana nak dekatkan diri dengan crush.

tips supaya crush boleh jatuh hati dengan korang

Semestinya langkah pertama adalah menjadi kawan ataupun orang yang dia kenali. Macam tu baru lah dia tahu kewujudan kita ni. Okay okay, betul-betul sekarang ni.

  1. Meminta pertolongan mereka

Bukan pertolongan yang berat mana pun, benda kecil-kecil je. Small steps. Kalau korang tengah lepak sama-sama dan ingin memuat naik gambar di Instagram, tanyalah pendapat dia “okay tak caption ni?”

Senang kan?

  1. Ketawa pada lawak mereka

Wyatt Fisher, seorang pakar psikologi menyatakan bahawa semakin banyak kita tertawa dengan seseorang, kita akan semakin tertarik kepada mereka. Jadi ketawa lah dengan si dia bila dia buat lawak.

  1. Kongsikan flaws atau imperfections korang dengan dia

Okay bukan lah perkara yang terlampau teruk. Benda yang orang boleh relate la macam “saya takut dengan lipas.” Haaaa, jika korang kongsikan benda-benda macam ni dengan si dia, ia menggalakkan mereka untuk membuka diri mereka yang sebenar dengan lebih tenang.

tips supaya crush boleh jatuh hati dengan korang

  1. Mencari persamaan yang luar biasa antara diri korang dan dia

Kita akan lebih tertarik dengan orang yang ada persamaan dengan diri kita. Tidak kira lah persamaan seperti memiliki minat yang pelik ataupun memiliki bilangan adik beradik yang sama.

  1. Luangkan masa dengan si dia

Ini yang paling obvious lah. Kalau korang luangkan masa dengan dia, kemungkinan besar crush korang boleh suka balik.

Sumber: Cosmopolitan