Siapa Ada Masak Rendang Raya Ni? Ini Tips Untuk Rendang Tak Cepat Basi

siapa ada masak rendang raya ni? ini tips untuk rendang tak cepat basi

Setiap kali menjelang Hari Raya setiap rumah mesti menyajikan masakan rendang, tak kisah la rendang ayam ke rendang kambing ataupun rendang daging. Masakan rendang merupakan juadah hari raya yang utama selain ketupat dan kuah kacang.

Rendang bukan la masakan yang simple, ia memerlukan pelbagai jenis bahan seperti lengkuas, serai, daun kari, gula melaka, asam jawa dan banyak lagi. Namun kadang kala rendang yang dimasak mudah basi dan rasa masam. Ini adalah tips untuk membuatkan rendang anda tahan lama dan tidak mudah basi.

 

  1. Santan yang berkualiti

Santan adalah antara makanan yang cepat basi, jadi anda harus memilih santan yang fresh dan yang berkualiti.

 

  1. Jangan tutup periuk kalau masakan masih panas

Sesudah masak, anda jangan terus tutup rapat periuk tu, ini kerana wap air yang terkumpul akan jatuh semula kedalam masakan dan menyebabkan rendang cepat basi. Tunggu sejuk baru tutup periuk.

 

  1. Masak sehingga rendang kering

Satu lagi cara untuk rendah tahan lama adalah, masak sehingga kering. Selalunya rendang memang masak lama untuk mengurangkan kandungan air supaya ia tahan lebih lama dan juga daging menjadi  lembut.

Mudah mudahan tips ini membantu anda untuk masak rendang dan tidak mudah basi. Selamat mencuba J

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rendangtakmudahbasi