5 Sebab Mengapa Anda Kena Bawa Anak-Anak Beli Barang Dapur

5 sebab mengapa anda kena bawa anak-anak beli barang dapur

Kredit: Shutterstock

Anda tentunya pernah dengar “ketawa, penawar paling mujarab”, selain ketawa membeli belah juga antara penawar yang berkesan. Lenguh-lenguh badan automatik hilang, sakit kepala pun tak terasa walaupun sekadar membeli barangan dapur. Perasaan menolak troli, membaca label, menimbang tara harga dan kualiti barangan serta apabila semua keperluan yang telah disenarai berjaya dipenuhi. Memang sukar digambarkan!

Membeli belah ibarat terapi diri, tetapi itu jika kita membeli belah bersama pasangan atau rakan rapat. Jika membeli belah dengan anak kecil, sudah tentu ada kalanya banyak perkara tak dijangka terjadi. Disebabkan itu, sesetengah ibu bapa lebih selesa meninggalkan anak-anak ketika membeli belah.

Hakikatnya ada banyak kebaikan yang boleh diperolehi apabila kita bawa anak membeli belah bersama-sama termasuklah:

#1 Anak kecil dapat diajar tentang kepentingan melihat tarikh luput sebelum membeli apa jua produk terutamanya produk makanan. Tarikh luput merupakan panduan bagi menentukan sesuatu produk itu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan atau dimakan.    

#2 Biarkan anak-anak memahami nilai duit. Anda boleh lakukannya dengan mengajar mereka melihat harga dan membuat perbandingan sebelum meletakkannya di dalam troli.

#3 Ajar anak-anak untuk senaraikan barangan yang diperlukan. Dengan cara ini mereka boleh membeli mengikut bajet yang ditetapkan dan tidak membazir.

#4 Inilah masanya untuk anda perkenalkan ilmu baharu kepada anak-anak. Anda boleh terangkan kepada mereka tip memilih buah-buahan dan makanan dalam tin. Antaranya pastikan tin dalam keadaan elok dan tidak kemek, buah dan sayur pula elok dan kelihatan segar.

#5 Ada banyak barangan dalam senarai, sebaiknya letakkan keutamaan setiap barang. Terapkan kepada anak-anak untuk membeli barangan yang kurang perlu sekiranya mempunyai lebihan wang.

Memahami kepentingan ini, Tesco mewujudkan program pendidikan Junior Smart Shoppers untuk mendidik kanak-kanak agar menjadi pembeli bijak.

Junior Smart Shoppers merupakan inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) Tesco bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak sekolah terutamanya mereka yang berada dalam golongan kurang berkemampuan untuk menjadi masyarakat yang bijak merencana kewangan.

Program Junior Smart Shoppers telah dirasmikan pada 15 November 2018 dengan penyertaan daripada 500 orang pelajar dari 11 sekolah angkat. Kurang setahun kemudian, penglibatan pelajar ini bertambah melebihi 1,000 orang.

5 sebab mengapa anda kena bawa anak-anak beli barang dapur

Kredit: Tesco

5 sebab mengapa anda kena bawa anak-anak beli barang dapur

Kredit: The Star Online

5 sebab mengapa anda kena bawa anak-anak beli barang dapur

Kredit: Utusan

Atas sebab ini, Tesco berkolaborasi dengan PINTAR pada tahun 2016 menjadikan 59 buah sekolah sebagai sekolah angkat. Jumlah ini merupakan bilangan sekolah angkat tertinggi yang diambil serentak oleh ahli PINTAR. Sehingga Ogos 2019, Tesco telah mempunyai 63 buah sekolah angkat dan kira-kira 57,000 pelajar telah mendapat kebaikan dengan penglibatan Tesco ini.

Program yang dijalankan di bawah Yayasan PINTAR ini membolehkan syarikat mengambil beberapa sekolah kurang berkemampuan sebagai sekolah angkat PINTAR dengan tempoh minimum 3 tahun, syarikat ini seterusnya akan memberi bantuan dana untuk aktiviti dan program yang dianjurkan untuk tujuan perkembangan para pelajar secara holistik.

5 sebab mengapa anda kena bawa anak-anak beli barang dapur

Kredit: Tesco

Terdapat beberapa kriteria untuk sekolah yang terlebat antaranya kadar kelulusan keseluruhan dalam peperiksaan kurang 65 peratu dan anggaran pendapatan keluarga pula bawah RM1,500 setiap bulan. Sekolah-sekolah ini akan dikenal pasti oleh Yayasan PINTAR.

Menarik kan program anjuran Tesco? Anda pun boleh mulakan inisiatif mendidik anak-anak untuk menjadi pembeli pintar dengan cara bawa dan perkenalkan mereka dengan tip-tip membeli belah yang positif.