Pakar Kongsi Cara Pakai Tali Pinggang Keledar Untuk Ibu Mengandung

Seorang pakar kecemasan berkongsi cara untuk memakai tali pinggang keledar khusus buat ibu mengandung.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Tik Tok, pengguna yang bernama Dr Katie itu menerangkan cara paling selamat untuk memakai tali pinggang di sekitar baby bump seseorang ibu mengandung.

pakar kongsi cara pakai tali pinggang keledar untuk ibu mengandung

Caranya adalah dengan meletakkan bahagian shoulder strap di antara bahagian tengah dada dan di atas bahu, manakala bahagian lap belt pula diletakkan pada bahagian bawah baby bump.

pakar kongsi cara pakai tali pinggang keledar untuk ibu mengandung

Terang Dr Katie, dia memutuskan untuk berkongsi tip tersebut kepada lebih 133, 000 pengikutnya di laman tersebut setelah terjumpa seorang bakal ibu yang terlibat dalam kemalangan kereta di dalam bilik kecemasan.

Ujarnya yang kini turut hamil, “Saya bekerja di jabatan kecemasan dan saya menjaga seorang wanita muda yang berada pada trimester ketiga kehamilan dan sayangnya dia mengalami kemalangan kereta.

Tambahnya, “Anda juga harus menjarakkan tempat duduk dari roda kemudi (steering wheel) kerana ia adalah selamat untuk berbuat demikian dan ini adalah untuk mengurangkan kesan beg udara yang menyentuhi anda dan perut yang mengandung sekiranya berlaku apa-apa.

“Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kereta ketika anda hamil, tidak kira betapa kecilnya, anda mesti pergi berjumpa pakar ibu mengandung atau bidan anda kerana kemalangan kecil boleh menyebabkan komplikasi bagi anda.”

Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih daripada 70, 000 kali dengan ramai golongan ibu yang tampil mengakui menerusi ruangan komen bahawa mereka tidak pernah tahu-menahu mengenai cara untuk memakai tali pinggang keledar tersebut sebelum ini.

 

Sumber: [1]