Jangan Main Minum Je, Ini Waktu Terbaik Untuk Minum Susu

jangan main minum je, ini waktu terbaik untuk minum susu

Susu antara minuman yang sangat bagus kerana mempunyai protein yang tinggi dan vitamin yang sangat baik untuk tubuh badan manusia. Bagaimanapun, satu perkara yang anda perlu tahu bahawa susu mengambil masa yang agak lama untuk dihadam atau dicerna.

Tidak dinafikan bahawa minum susu mampu memberi kekenyangan dan tenaga sepanjang hari. Bagaimanapun, tak semua orang mempunyai ketahanan perut di pagi hari. Sebab tu lah kalau minum susu pagi-pagi boleh menyebabkan sakit perut.

Masa yang betul untuk nikmati susu adalah selepas menjamah sedikit makanan supaya perut anda tidak terbeban untuk memproses susu. Kesan daripada meminum susu ketika perut kosong adalah, gastrik.

Untuk pencernaan sempurna, minum susu pada waktu siang selepas menjamah sedikit makanan. Minum susu hari hari adalah  sangat bagus untuk penghadaman manusia.

Oleh : Khalie Azmi

Sumber: waktuterbaikminumsusu