Kajian Kata Kalau Dengar Muzik Masa Tengah Drive Boleh Selamatkan Nyawa. Betul Ker?

Artikel ini ditaja oleh Honda Malaysia

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?
Kredit: istockphoto.com; Edit: SYOK BM

Rasa tak sah kalau memandu tapi dalam kereta sunyi-sepi je. Tak kiralah perjalanan korang tu dekat atau jauh, mendengar muzik sememangnya aktiviti yang harus dibuat sebaik sahaja kereta mula meluncur di jalan raya.

Bukan saja mendengar muzik ketika memandu boleh mengurangkan kebosanan, malah ia sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa korang tau! Haa, macam mana tu?

Memandu sambil dengar muzik boleh mengurangkan tekanan emosi dan meningkatkan daya tumpuan 

Dalam sebuah kajian pada tahun 2019, penyelidik Vitor Engrácia Valenti melihat bagaimana muzik mempengaruhi tekanan jantung. Vitor dan kumpulan penyelidiknya telah memilih lima wanita yang sihat untuk kajian itu. Mereka berumur di antara 18 hingga 23 tahun.

Menurut Vitor, hanya kaum wanita yang dipilih untuk kajian ini kerana "kajian terdahulu membuktikan bahawa wanita lebih sensitif terhadap rangsangan pendengaran." Para wanita yang terpilih bagi kajian tersebut merupakan golongan pemandu yang jarang memandu (kerana tahap tekanan mereka lebih mudah terkesan berbanding pemandu yang rutin memandu).

Para penyelidik kemudian menyuruh lima wanita itu untuk memandu di laluan yang sama dalam keadaan yang sama pada dua hari berbeza. Perbezaan yang ada pada hari kedua mereka ialah mereka diarahkan untuk mendengar muzik instrumental ketika memandu.

Untuk menilai bagaimana tekanan mempengaruhi mereka, para penyelidik menggunakan monitor kadar jantung yang dipasang pada dada setiap peserta kajian untuk melihat kebolehubahan kadar jantung, yang bermaksud jumlah masa yang berubah-ubah bila jantung berdegup.

Kebolehubahan kadar jantung ni akan meningkat masa korang tengah rehat, dan ia boleh berkurangan kalau korang rasa tertekan.

Apabila penyelidik melihat data dari monitor kadar jantung, mereka mendapati bahawa kebolehubahan kadar denyutan jantung adalah lebih besar apabila wanita memandu dengan muzik, yang bermakna mereka berasa lebih tenang.

Ini sekali gus membuktikan bahawa mendengar muzik ketika memandu membantu dalam menyelamatkan nyawa kerana tekanan emosi berkurangan manakala daya tumpuan pula meningkat.

Apa-apa pun, cara dan sikap kita masa memandu ialah penentu utama yang akan menjamin keselamatan kita masa di jalan raya. Tapi, kalau kita dah extra careful pun masih ramai pemandu lain yang bersikap sambil lewa di jalan raya pula macam mana?

Dalam hal ni, ciri-ciri keselamatan yang canggih yang terdapat pada kereta yang korang pandu mampu mengurangkan kemalangan yang berpunca daripada pemandu lain, contohnya kereta Honda City Hatchback Serba Baharu ini yang didatangi dengan 7 ciri keselamatan canggih yang terlengkap bagi segmennya!

Honda City Hatchback memastikan pemanduan korang sentiasa lancar dan selamat 

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?

Kredit: Honda Malaysia

Bercakap pasal keselamatan di jalan raya, tentunya jenis kereta yang dipandu turut memainkan peranan, selain cara dan sikap memandu kita. Honda City Hatchback ialah antara salah satu pilihan terbaik bagi kereta yang dilengkapi fungsi-fungsi keselamatan. Jom check it out:

#1 Honda SENSING: 7 ciri keselamatan terlengkap dalam segmennya 

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?

Kredit: Honda Malaysia

Honda SENSING ni memaparkan tujuh ciri yang canggih dan hebat, iaitu:

  • Amaran Keluar Lorong 

Dengan ciri ni, korang boleh saksikan stereng bergetar dan memberi isyarat untuk membetulkan laluan korang dengan baik dan selamat bila korang leka masa keluar dari lorong dan bila terlupa nak aktifkan signal.

  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan 

Dengan ciri ni, korang boleh dapatkan amaran dan panduan automatik untuk membetulkan stereng dan menekan brek jika kereta korang melencong terlalu dekat dengan pinggir jalan.

  • Sistem Bantuan Kekal Lorong 

Bagi ciri ini pulak, kalau korang tinggalkan lorong secara tak sengaja, korang akan dimaklumkan dan pembetulan akan dibuat perlahan-lahan di mana sistem akan menggerakkan kereta korang kembali ke tengah lorong dengan baik dan selamat.

  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan 

Apabila terdapat risiko pelanggaran dengan kereta di hadapan, korang akan menerima isyarat audio dan visual pintar.

  • Lampu Tinggi Auto 

Pancaran lampu tinggi korang akan bertukar secara automatik kepada pancaran rendah apabila sumber cahaya kenderaan sebelumnya atau kenderaan yang akan datang dikesan ketika waktu malam.

  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran 

Apabila terdapat peningkatan risiko pelanggaran, brek akan digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan kereta sepenuhnya serta-merta.

  • Kawalan Pemanduan Adaptif 

Ciri ni membolehkan korang kekal dalam jarak selamat sambil menetapkan kelajuan pemanduan tetap antara kereta korang dan kereta di hadapan korang.

#2 1.5L Sports i-MMD Engine 

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?

Kredit: Honda Malaysia

Sports Engine ini membolehkan korang menikmati prestasi tork berkelas tinggi dengan pemanduan yang selesa sehebat 253Nm daripada rangkaian kuasa. Korang boleh meluncur laju di jalan raya dengan penuh selamat.

#3 Remote Engine Start (pertama dalam kelasnya) 

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?

Kredit: Honda Malaysia

Jom hidupkan kereta korang dengan bergaya menggunakan Penghidup Enjin Kawalan Jauh ni, yang merupakan ciri pintar pertama dalam kelas ini. Ia membolehkan korang menyejukkan kereta dan memanaskan enjin dari jauh.

#4 4 Modes Ultra Seats (pertama dalam kelasnya) 

kajian kata kalau dengar muzik masa tengah drive boleh selamatkan nyawa. betul ker?

Kredit: Honda Malaysia

Bagi ciri Ultra Seats ni, terdapat empat mod kerusi yang boleh dipilih dan mudah diubahsuai, iaitu:

  • Long Mode 

Baringkan tempat duduk penumpang hadapan dan turunkan tempat duduk belakang untuk memberi ruang kepada barang yang panjang.

  • Refresh Mode 

Ubah tempat duduk hadapan kepada suasana seperti ruang istirehat yang selesa.

  • Tall Mode 

Terbalikkan tempat duduk belakang untuk mencipta lebih banyak ruang dari lantai ke siling bagi meletak barangan seperti tumbuhan dan perabot.

  • Utility Mode 

Ratakan kedua-dua tempat duduk belakang dan gabungkan but kereta untuk menampung barangan yang besar.

Hebat kan Honda City Hatchback ni? Lepas ni bolehlah korang meluncur di jalan raya dengan penuh gaya dengan lebih selamat. Dengan City Hatchback, Tradisi Bukan Halangan Untukmu!

Untuk info lanjut, layari https://bit.ly/3rNpYKd atau kunjungi Pengedar Sah Honda yang terdekat!