Hantu Spaghetti, Ni Cara Mudah Nak Sukat Kuantiti Spaghetti

hantu spaghetti, ni cara mudah nak sukat kuantiti spaghetti

Kredit: denamorado/Freepik

Siapa yang tak suka makan spaghetti kan? Sekali-sekala nak jugak merasa makanan khas orang Itali ni yang berbentuk silinder dan tebal di bahagian tengah.

Ia juga lebih nipis daripada bucatini. Biasanya spaghetti yang klasik ialah meatball, tapi korang yang bosan dengan meatball juga ada pilihan untuk try spaghetti udang pesto.

Kalau makan kat restoran selalunya spaghetti agak mahal, so apa kata korang cuba masak sendiri kat rumah pulak? Senang je tau! dalam 15-20 minit dah siap! Selalu orang pro guna penyukat spaghetti, tapi lecehlah nak kena keluar beli atau tunggu berhari-hari kalau beli online.

So korang boleh je genggam spaghetti sebanyak yang mungkin di tangan, dan masukkan spaghetti tu ke dalam sebuah botol plastik kosong, macam ni caranya:

Haa, senang gila kan? Bolehlah try lepas ni!