WiFi Asyik Problem Je? Ikuti Cara Mudah Atasi ‘Zon Mati’ WiFi Di Rumah Ni

wifi asyik problem je? ikuti cara mudah atasi ‘zon mati’ wifi di rumah ni

Kredit: Freepik

Baru nak serang Thatcher masa main Rainbow Six Siege, sekali ter-offline. Tengah suspen sama ada Putera Yi Chang dalam siri Kingdom akan mati atau tak, tiba-tiba tak boleh tengok sebab WiFi takde. Potong stim betul! Mesti korang kadang-kadang alami masalah WiFi yang slow atau asyik off je. Kenapa ya?  

Ramai di antara kita yang menyangka bahawa WiFi atau modem yang bermasalah, tapi sebenarnya ia mungkin berpunca daripada router korang. Bila router kena halang, ia akan mengganggu kestabilan WiFi.

Korang boleh atasi gangguan ini dengan dua cara:

Ubah sebarang penghalang dan gangguan yang ada

Liputan WiFi korang akan berkurangan kalau router terletak dalam kawasan yang tertutup atau dikelilingi penghalang, contohnya macam dinding, atau berdekatan dengan permukaan atau objek metalik dan reflektif yang boleh memantulkan isyarat WiFi, contohnya macam cermin atau akuarium.

Bukan tu je, kalau router korang berdekatan dengan peralatan rumah yang menghasilkan gangguan elektromagnetik, seperti microwave oven, ia turut memberi kesan terhadap WiFi korang. Jadi pastikan korang jauhkan router daripada semua penghalang dan gangguan ni.

Pilih frekuensi WiFi yang sesuai

Sesetengah router dilengkapi dengan dua frekuensi WiFi, contohnya macam router TM unifi. Siapa yang guna unifi mungkin korang tau yang router ni ada dua frekuensi, iaitu 2.4GHz dan 5GHz.

Frekuensi 2.4 GHZ  adalah Frekuensi  yang pada umumnya digunakan oleh pelbagai peranti, contohnya alat kawalan TV, alat kawalan permainan kanak -kanak, dan bluetooth. Signal frekuensi ini liputannya lebih jauh.

Oleh kerana ia digunakan secara umum, ia kadangkala boleh menyebabkan gangguan signal. Sekiranya korang berada di bilik berbeza dari kedudukan router, sebaiknya korang gunakan frekuensi ini.

Sebaliknya frekuensi 5GHZ adalah frekuensi yang lebih lebar, akan tetapi jarak liputannya agak terhad berbanding 2.4Ghz. Dan ianya juga tidak dapat menembusi dan melangkaui halangan dengan baik, tak seperti 2.4Ghz. Kalau korang berada dekat dengan router, korang boleh gunakan frekuensi ni untuk kelajuan internet yang lebih pantas.

So para pengguna unifi, korang boleh try tukar frekuensi mengikut kesesuaian kalau korang mengalami masalah WiFi di rumah.

Buat korang yang bukan pengguna unifi, unifi memberikan pengalaman WiFi yang terbaik untuk penggunaan yang telus tanpa sebarang masalah!

Nak lebih tips untuk penggunaan WiFi yang telus di rumah, korang layari je di sini.

Nikmati internet percuma dengan kempen PayNothing unifi!

Mulai sekarang sehingga 31 Disember ni, korang boleh nikmati internet secara percuma! Apa yang perlu korang buat hanyalah:

  • Kalau korang pengguna baru yang melanggan dengan unifi hari ini, korang boleh dapatkan internet percuma sehingga 31 Disember!
  • Kalau korang pengguna sedia ada, korang juga boleh nikmati internet percuma sehingga 31 Disember – korang cuma kena renew kontrak dengan unifi je!

Untuk info lanjut, layari unifi.com.my/campaign/paynothing