9 Cara Jimatkan Elektrik Ketika Total Lockdown - TNB

Total lockdown atau sekatan pergerakan penuh telah bermula sejak 1 Jun, dimana kebanyakkan kita akan duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja hanya dari rumah sahaja.

9 cara jimatkan elektrik ketika total lockdown - tnb

Ekoran itu, penggunaan tenaga elektrik mungkin sedikit tinggi sepanjang tempoh ini dimana ia boleh memberikan beban kepada ramai pengguna.

9 cara jimatkan elektrik ketika total lockdown - tnb

Menurut rekod, terdapat lebih 1.2 juta pengguna TNB yang mempunyai meter pintar, dimana mereka boleh memantau sendiri penggunaan elektrik seperti yang tersedia di aplikasi myTNB.

 

Bagi mengelakkan pembaziran, TNB telah berkongsi 9 tips mudah bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang anda berada dirumah ketika total lockdown ini:

  1. Mematikan komputer selepas digunakan dan berhenti mengecas komputer riba selepas bateri dicas sepenuhnya. Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan aksesori seperti pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas;
  2. Memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutupkan sepenuhnya semasa menggunakan alat pendingin hawa supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24 hingga 26 darjah Celsius) bagi penggunaan elektrik yang cekap;
  3. Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. Sebelum tidur, cuba tetapkan ia untuk ditutup beberapa jam selepas digunakan untuk penggunaan elektrik yang lebih cekap;
  4. Bersihkan penapis alat pendingin hawa untuk mengoptimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa;
  5. Manfaatkan cahaya semula jadi bagi mengurangkan kos penggunaan lampu;
  6. Penggunaan air panas semasa mencuci pakaian (dengan muatan penuh) menggunakan lebih banyak tenaga kerana ia mengambil masa untuk air dipanaskan;
  7. Apabila menggunakan ketuhar elektrik, membuka dan menutup pintu ketuhar dengan kerap tidak akan mempercepatkan masa hidangan dimasak bahkan ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar;
  8. Mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) seperti Astro dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang; dan
  9. Masa mandian yang panjang dengan alat pemanas air menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.

 

Sumber: Astro AWANI / TNB