Alam siber merupakan satu keperluan masa kini, khasnya sejak penularan pandemik COVID-19. Manusia berinteraksi sesama sendiri melalui gajet dan peranti digital tanpa mengira masa dan tempat.
Namun, amalan tersebut boleh memberi kesan negatif apabila kita seolah-olah tidak lagi mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling kita serta kurang berkomunikasi secara berdepan dengan ahli keluarga, rakan dan orang ramai.
Justeru, Cybersecurity Malaysia baru-baru ini tampil dengan 5 tips kepada orang ramai bagi mengekalkan kesejahteraan siber, yang boleh dijadikan sebagai panduan harian:
1. Hormati diri anda dan orang lain di dalam talian
- Kongsi hanya perkara baik dan sentiasa waspada semasa membuat hantaran maklumat di dalam talian.
2. Sentiasa selamat di dalam talian
- Kenal pasti rakan siber anda kerana kadangkala mereka mungkin akan mengancam diri anda.
3. Kekal berhubung dengan dunia sebenar
- Luangkan masa dengan melakukan aktiviti fizikal dan bergembira bersama keluarga serta rakan taulan.
4. Bersuara dan lapor.
- Sekiranya anda berhadapan dengan aktiviti dalam talian yang mencurigakan, maklumkan kepada orang yang anda percaya atau lapor pada pihak berkuasa.
5. Tetapkan matlamat penggunaan internet
- Berehatlah sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam untuk melakukan aktiviti fizikal. Belajarlah untuk menghargai dunia sebenar.
Sumber: Cybersecurity Malaysia