Selain mengambil foto ketika melancong, video juga boleh jadi salah satu simpanan kenangan buat perjalanan kita ke sesuatu tempat. Selalu kita tengok video travel orang lain buat mesti terasa nak ambil video juga. Tak susah pun benda tu, try ikut langkah-langkah ni
1. Mencari Video Rujukan
Ramai je travel vlogger yang kongsi video melancong diorang, tiap vlogger mempunyai cara dan style tersendiri dalam menghasilkan video mereka. Pilih salah satu style sebagai rujukan korang, dan cuba shoot benda yang hampir sama dengan rujukan yang dipilih.
2. Buat Tetapan Kamera Sebelum Travel
Tak kiralah nak shoot guna phone ataupun kamera, sila pastikan kamera tu dah setting awal-awal sebelum korang fly. Ini dapat mengelakkan daripada terlepas moment-moment yang menarik dan juga video menjadi over-expose.
3. Berikan Jalan Cerita Dalam Video
Melalui rujukan yang kita pilih, ikutlah style jalan cerita dia, ni juga akan memudahkan korang untuk menyunting video tu nanti.
4. Rakam Momen Sebanyak Yang Boleh
Untuk dapatkan menambah baik lagi jalan cerita korang, rakam sebanyak mana yang boleh. Naik flight, makan, jejalan, tersesat ker. Benda tu semua akan buat video anda lebih menarik. Ambil lah juga dari sudut berbeza, jangan ambil satu sudut jer.
5. Rakam Benda-benda yang ‘kecil’
Benda-benda kecil ni seperti, orang tempatan ketawa, senyum, menyapu ker, atau pun orang tengah menjual. Banyak sangat benda-benda kecil yang selalu kita tak terasa pun nak rakam, benda ni agak penting waktu korang edit nanti. Ia akan jadi sebagai transition dari satu scene ke scene yg lain.
Memang pada mulanya kita akan tiru dulu video orang, bila sampai satu tahap nanti, korang akan lebih faham dan develop style korang sendiri. Selamat mencuba!