Bakal Berkahwin? Ni 5 Perkara Penting Yang Korang Kena Tahu Dulu

bakal berkahwin? ni 5 perkara penting yang korang kena tahu dulu

Kredit: @odua/Freepik.com

Sama seperti perkara lain dalam hidup ni, nak berkahwin tak boleh main redah je. Banyak benda yang harus diambil kira agar tak menyesal dan merana di kemudian hari. Perkahwinan merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang harus dijaga betul-betul.

Buat korang yang bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat ni, ini merupakan lima perkara penting yang wajib diketahui sebelum melangsungkan perkahwinan:

#1 Status kesihatan

Adakah pasangan korang mempunyai sakit kronik? Adakah korang bersedia untuk menjaganya jika si dia jatuh sakit? Sebaliknya, jika korang yang mempunyai sakit kronik, sebaiknya beritahu pasangan agar dia boleh terima korang seadanya.

#2 Status kewangan

Salah satu punca utama perceraian di Malaysia ialah masalah kewangan. Jadi amat penting untuk tahu keadaan kewangan masing-masing sebelum berkahwin. Adakah korang tahu tentang pekerjaan, pendapatan, dan hutang pasangan (begitu juga sebaliknya)? Masing-masing harus bijak mengatur kewangan dan harus jujur tentang kewangan masing-masing.

#3 Latar belakang pasangan dan keluarga

Adakah pasangan daripada keluarga yang baik-baik? Adakah pasangan pernah terlibat dalam jenayah atau aktiviti yang tak elok? Adakah pasangan mempunyai anak daripada hubungan terdahulu? Semua ini penting dan bakal mempengaruhi kehidupan harian korang nanti.

#4 Pelan jangka masa panjang

Apakah rancangan korang dan pasangan berkenaan perjalanan karier, pembelian rumah/kereta, memulakan keluarga dan sebagainya? Masing-masing harus bersetuju dengan rancangan yang ditetapkan.

#5 Pegangan agama

Adakah si dia mempunyai ilmu agama asas yang memuaskan (dan sebaliknya)? Jika tidak, mungkin korang boleh membimbing pasangan (atau sebaliknya).

Pastikan korang mengambil kira kesemua perkara yang dinyatakan ini sebelum membuat persediaan yang seterusnya. Usah terburu-buru membuat keputusan, kerana ianya mempengaruhi kehidupan jangka panjang. Sebaiknya berfikir dan berbincang dengan tenang, telus dan usah sembunyi maklumat penting dengan pasangan.

Semoga hubungan korang dan pasangan kekal hingga ke Jannah!