Serangan jantung antara punca kematian mengejut. Kalau korang perasan, ramai yang meninggal secara tiba-tiba adalah kerana serangan jantung. Bahaya sebenarnya serangan jantung ni kerana dia boleh attack sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
So, sebagai langkah berjaga-jaga, ini 5 cara yang boleh dilakukan untuk elak serangan jantung.
1. Makan makanan yang sihat
Sebenarnya, kebanyakan penyakit ni berpunca daripada makanan. Kalau ambil makanan yang tak sihat, maka tak sihatlah tubuh kita. Jadi, amalkan makanan yang sihat seperti kurang lemak, tinggi sodium dan kurangkan manis. Banyakkan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Kerap lakukan senaman
Benda ni mungkin nampak leceh tapi sebenarnya sangat membantu kesihatan. Apabila kita melakukan senaman, tubuh badan kita akan mengeluarkan peluh serta bahan-bahan kotoran dari dalam badan. Jadi, banyakkan bersenam supaya tubuh kita aktif membuang benda-benda kotor dari dalam badan.
3. Jangan merokok
Rokok ni sebenarnya boleh menaikan tekanan darah dan merisikokan korang untuk terkena serangan jantung serta strok. Jadi, kalau korang selalu smoke tu, kurang-kurang kan lah.
4. Kawal tekanan
Tekanan atau stress ni berhubung dengan penyakit jantung dalam banyak cara. Ianya boleh menaikkan tekanan darah. Tekanan yang berlebihan boleh merangsang serangan jantung. Stress juga boleh membawa kepada masalah lain seperti terlebih makan, terlebih merokok dan pelbagai lagi yang boleh mengundang kepada masalah jantung.
5. Tidur yang cukup
Tidur memainkan peranan yang penting dalam hidup. Kalau tak cukup tidur, hidup pun tak sempurna. Untuk orang dewasa, seeloknya tidurlah 7 hingga ke 9 jam sehari. Kalau korang ada masalah tidur, segera dapat nasihatkan pakar kerana tidur ni adalah core kehidupan.
Sumber: Medline