Kami senaraikan benda-benda kotor yang anda lakukan setiap hari tanpa sedar bagi memastikan anda menjaga kebersihan diri.
1. Pakai Lipbalm Guna Jari
Kalau anda cuci tangan sebelum sapu lipbalm, ok! Tapi kalau sebaliknya, anda sebenarnya menyapu dan meletakkan kuman terus ke bibir anda.
2. Minum Dari Botol Atau Tin Minuman
Sebaiknya gunakanlah straw atau cuci dahulu tin atau botol minuman anda itu. Kalau malas nak cuci, apakata fikirkan perjalanan yang dilalui sebotol atau sekotak air sebelum ia sampai ke mulut anda tu. Hmm.
3. Menggunakan Telefon
Bilakah kali terakhir anda membersihkan telefon anda? Tak pernah??Pasti bila anda tahu yang telefon bimbit anda mempunyai 500 kali lebih bakteria dari tandas, mungkin anda akan bersihkan sekarang.
4. Berus Gigi Terdedah Dengan Kuman
Simpan berus gigi anda di dalam bekas atau ?almari bagi mengelakkan ia terdedah dengan kuman dari tandas yang di flush.
Sumber: Cosmopolitan