Pernahkah anda merasa sakit perut setiap kali waktu pagi?
Buat sesetengah individu, meluangkan masa dalam tandas pada waktu pagi mungkin dianggap sebagai rutin biasa. Namun tahukah anda terdapat sebab dan alasan tersendiri yang menjadi punca ketidakselesaan perut?
Berikut adalah beberapa penyebab ketidakselesaan perut pada waktu pagi:
#1. Gastritis
Juga disebut sebagai gastrik, ia merupakan keradangan yang terjadi pada lapisan perut. Ia menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan perut, di samping gejala mual dan cepat kenyang.
#2. Gastroenteritis
Merupakan jangkitan virus atau bakteria yang menyasarkan bahagian perut dan usus. Ia menyebabkan cirit-birit dan sakit perut waktu pagi.
#3. Asid refluks and GERD
Kandungan asid dan perut mengalir dengan cara yang salah, iaitu bergerak kembali ke esofagus. Ia boleh menyebabkan rasa sensasi terbakar pada bahagian tekak dan sakit pada perut, biasanya di bahagian tengah abdomen.
#4. Ketakcernaan punca sakit perut waktu pagi
Ketakcernaan (indigestion) boleh berpunca daripada jenis makanan yang diambil dan juga disebabkan penyakit tertentu. Mereka yang mengalami ketakcernaan mungkin berdepan rasa loya, kembung perut serta cepat kenyang ketika makan. Ia juga adalah perkara biasa yang menyebabkan rasa sakit perut.
#5. Apendiks
Apendisitis merupakan keradangan yang berlaku pada apendiks iaitu tisu kecil seperti kantung yang terletak pada bahagian kolon di kawasan bawah abdomen.
Kesakitan perut yang terjadi biasanya bertambah teruk dari masa ke masa. Gejala lain yang mungkin dialami termasuklah loya dan demam.
#6. Ulser perut
Juga disebut sebagai ulser peptik, Ia adalah luka pada lapisan perut dan usus kecil yang paling dekat dengan perut. Pesakit boleh mengalami rasa sensasi terbakar bersama rasa sakit perut pada bila-bila masa termasuk waktu pagi kerana abdomen kosong.
#7. Sindrom rengsa usus
Juga disebut sebagai Irritable bowel syndrome (IBS), ia adalah keadaan berkaitan sistem penghadaman yang boleh menyebabkan sakit perut serta perubahan tabiat usus. Pesakit mungkin mengalami sembelit dan cirit-birit yang kerap, di samping gejala lain yang mungkin akan dirasai seperti perut kembung dan pergerakan usus tidak lengkap.
#8. Alahan makanan punca sakit perut waktu pagi
Alahan pada makanan tertentu bakal mengakibatkan seseorang menjadi sakit perut pada waktu pagi. Simptom lain yang mungkin dialami adalah loya, kegatalan dan anafilaksis – reaksi alahan serius berpotensi membawa maut – mengganggu pernafasan serta mengakibatkan penurunan tekanan darah.
#9. Sembelit
Aktiviti usus tidak teratur boleh menyebabkan gas terperangkap pada saluran usus, mengakibatkan kekejangan teruk pada bahagian bawah perut. Individu dengan sembelit juga boleh mengalami sakit perut waktu pagi.
#10. Penyakit seliak
Juga dikenali sebagai intoleransi gluten. Ia boleh menyebabkan sistem imun seseorang menyerang usus kecil ketika memakan makanan yang mengandungi gluten. Kesan paling biasa adalah ketidakselesaan perut dan cirit-birit.
#11. Penyakit pundi hempedu punca sakit perut waktu pagi
Sekiranya terdapat batu hempedu dan menyekat saluran pada pundi hempedu, simptom lain juga akan muncul. Antaranya seperti mual, muntah, warna air kencing gelap, penyakit kuning dan penurunan tekanan darah.
#12. Pankreatitis
Pankreatitis berkembang apabila pankreas mengalami keradangan, selalunya disebabkan oleh batu hempedu. Antara gejala biasa termasuklah rasa sakit perut yang teruk secara tiba-tiba pada bahagian abdomen atas, loya dan muntah.
#13. Lekapan perut punca sakit perut waktu pagi
Abdominal adhesion adalah keadaan di mana jalur tisu seperti parut menyebabkan organ dalaman – selalunya usus – melekat antara satu sama lain atau ke dinding perut, menghalangnya bergerak bebas. Dalam sesetengah kes, sakit perut kronik adalah perkara biasa, selain gejala perut kembung, sembelit dan loya.
Jika anda mengalami rasa ketidakselesaan perut yang berpanjangan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dengan kadar segera ok?
Sumber: Hello Doktor