Yayan Ruhian Sanggup Tolak John Wick 3 Demi Mat Kilau!

Tahukah korang yang pelakon fenomena asal Indonesia, Yayan Ruhian hampir terlepas peluang untuk membintangi filem produksi Hollywood, John Wick: Chapter 3 kerana memilih untuk meneruskan penggambaran bersama Mat Kilau?

yayan ruhian sanggup tolak john wick 3 demi mat kilau!

Dalam diam, beliau sebenarnya sudah membintangi tiga filem Hollywood iaitu Star Wars: The Force Awakens, Beyond Skyline dan terkini, John Wick: Chapter 3!

Dalam temubual bersama Tempo baru-baru ini, pelakon berusia 53 tahun itu mendedahkan yang beliau pernah berdepan momen apabila terpaksa memilih untuk berlakon dalam produksi Malaysia atau Hollywood, iaitu antara ‘John Wick: Chapter 3’ dan ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’.

“Mereka (produksi John Wick) menelefon dan meminta saya menyertai penggambaran pada Mei tetapi kebetulan saya sedang menjalani penggambaran ‘Mat Kilau’ di Malaysia. Saya perlu bersikap profesional terhadap kontrak dan menolak tawaran itu,” katanya.

Namun, ia tidak berakhir di situ. Empat hari selepas panggilan tersebut, pasukan produksi filem yang turut disertai Keanu Reeves itu memanggil semula bintang aksi itu dan menawarkan untuk menjadualkan semula tarikh penggambaran mereka.

Menurut Yayan, mereka sanggup berkompromi dan merakam adegannya untuk filem itu mengikut jadual dan ketersediaannya. Sememangnya rezeki beliau!

Dalam perkembangan lain, filem ‘Mat Kilau’ baru-baru ini berjaya menewaskan ‘Top Gun: Maverick’ lakonan Tom Cruise dalam carta box office tempatan.

Filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta fenomena selepas meraih RM12.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.


Sumber: [1]