Empat Wanita Ini Buktikan Mampu Buat ‘Kerja Macam Lelaki’

Zaman sekarang ini, ramai wanita-wanita yang mula berkecimpung dalam kerjaya yang biasanya di dominasi oleh lelaki.

 

Jika satu ketika dahulu, kerjaya-kerjaya yang lasak hanya dilakukan oleh lelaki, kerana persepsi masyarakat yang menganggap ‘hanya lelaki boleh buat kerja lasak ini’, namun kini semua itu hanyalah satu tanggapan lapuk.

 

Antaranya, Puan Rokiah binti Salim, atau lebih dikenali sebagai Kak Eka, beliau adalah seorang pemandu lori kontena, dimana kerjaya itu biasa kita dengar hanya dibuat oleh kaum lelaki.

Tak kurang hebatnya dengan Puan Hana, seorang pegawai Bomba yang berkhidmat dalam Unit Pengesan (K9), dimana beliau mampu untuk setanding dengan pegawai dan anggota Bomba lelaki lain ketika menjalankan tugas.

Sama juga kisahnya dengan seorang kontraktor binaan, Puan Aina Mardiah, yang mana beliau sendiri turun padang dan melakukan kerja-kerja berat seperti drilling, wiring dan bermacam lagi aktiviti lasak ketika ditapak bina.

Nampak ayu dan lembut perwatakannya, Lt (PA) Azizah, seorang anggota dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), wanita hebat ini boleh diibaratkan bagaikan permata kerana tidak kekok dalam melakukan kerjaya lasak yang mana juga memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Orang lelaki pun tak ramai yang boleh bertahan dalam kerja seperti ini!

Justeru, bagi meraikan ketabahan wanita Malaysia, MAGGI® telah melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, dimana ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu, sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.

Diterajui oleh 3 mentor yang cukup hebat iaitu Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly, dan Anne Idris, anda boleh bersama menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® selama 3 hari dari 6 hingga 8 April, diikuti dengan bengkel kedua dari 13 hingga 15 Julai dan bengkel terakhir akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober.

tiga wanita ini buktikan mampu buat ‘kerja macam lelaki’

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI® dan pendaftaran bengkel, sila log masuk ke >> https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/