Wanita China Berusia 33 Tahun Beli Rumah Secara 'Cash' Di Itali

Seorang wanita China berusia 33 tahun telah membayar €80 juta (RM368,952,277)  secara tunai untuk sebuah hartanah 49 bilik dengan tiga pantai persendirian di pulau eksklusif Itali, Sardinia, menurut akhbar tertua pulau itu, L’unione Sarda.

wanita china berusia 33 tahun beli rumah secara 'cash' di itali

Pembeli itu dikenal pasti sebagai Nani Wang, yang dispekulasi sebagai bekas pengarah lembaga JD Health International, cabang penjagaan kesihatan gergasi e-dagang China JD.com.

Nama beliau didedahkan selepas juruwang mengesahkan tandatangan Wang pada nota pemindahan segera untuk wang itu ke akaun bank Switzerland yang dipercayai milik penjual, pada 18 April, lapor akhbar Sardinia.

Hartanah tersebut dijual oleh Joseph Jack Setton, seorang warga Amerika, dan merupakan salah satu urus niaga terbesar oleh pembeli China sejak negara itu dilanda pandemik pada 2020.


Sumber: [1]