The Rock Akui Seronok Buat Bekam Kali Pertama

Bekas ahli gusti dan selebriti Amerika Syarikat, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama panggilan ‘The Rock’, baru-baru ini berkongsi pengalaman pertama kali melakukan rawatan bekam.

the rock akui seronok buat bekam kali pertama
 
Menerusi satu posting di Instagram, beliau berkongsi foto di hadapan cermin dengan bahagian belakangnya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan bekam tersebut.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by therock (@therock)


 
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulis pelakon berusia 49 tahun ini.
 
Menurutnya lagi, bagi kekal cergas dan menjaga kesihatan badannya, beliau mengaku sering mencari alternatif baharu, termasuklah mencuba teknik bekam ini.
 
“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya dengan baik,” katanya.
 
Lantas ruangan komen pada foto itu dipenuhi dengan pujian, khususnya daripada mereka yang mengamalkan bekam sebagai sunnah Rasulullah SAW dan sahabat Baginda.

 
Dari sudut sains dan kesihatan, amalan berbekam dapat melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam badan.


 
 
Sumber: Instagram The Rock