Sebak Lihat Ibu Kucing Bawa Anak-Anaknya Sakit Ke Hospital

Haiwan juga mempunyai rasa belas kasihan sesama mereka.

 

Ia dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular menunjukkan seekor ibu kucing membawa dua anaknya yang sakit ke sebuah pusat perubatan.

sebak lihat ibu kucing bawa anak-anaknya sakit ke hospital

Video yang tular itu menunjukkan ibu kucing berkenaan datang etiap hari ke pusat kesihatan di wilayah Izmir, Turki untuk mendapatkan rawatan buat anak-anaknya.

 

Dikatakan anak-anak kucing itu tidak dapat membuka mata akibat dari jangkitan.

sebak lihat ibu kucing bawa anak-anaknya sakit ke hospital

Kali pertama si ibu kucing membawa anaknya ke pusat kesihatan, petugas di sana pada awalnya tidak faham apa yang berlaku. Namun selepas sedar anak kucing itu sakit, mereka mula memberikan rawatan.

Malah, selepas sedar anaknya itu sudah mulai sembuh, si ibu membawa anak-anaknya ke pusat rawatan berkenaan sehinggalah anak-anaknya pulih daripada jangkitan.

sebak lihat ibu kucing bawa anak-anaknya sakit ke hospital

Keadaan ini dirakam petugas kesihatan hingga ia menyentuh hati ramai orang yang menontonnya.

 

Sumber: Astro Awani