Kenali Caligynephobia, Rasa Alahan Pada Wanita Cantik

Pernahkah satu ketika anda merasa takut apabila melihat wanita cantik didepan mata? Jika YA, anda sebenarnya menghidap ‘Caligynephobia’.

kenali caligynephobia, rasa alahan pada wanita cantik

Caligynephobia diambil dari perkataan Yunani ‘kalos’ dan ‘gyne’ yang membawa maksud wanita cantik, menerangkan mengenai ketakutan yang berlebihan hingga menjadi tidak rasional.

Ketakutan pada wanita cantik ini boleh terjadi daripada trauma peribadi atau sesuatu isu yang lebih besar seperti gangguan kegelisahan sosial. Ia menyebabkan keyakinan seseorang itu menjadi rendah kerana individu yang mempunyai masalah ini gagal untuk membendung rasa takut mereka apabila melihat wanita cantik.

Rawatan kaunseling adalah kaedah terbaik dalam usaha merawat masalah ‘caligynephobia’ ini.

Sumber: Healthline