Ramai Tak Sabar Divaksin Gara-Gara Daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha memaklumkan bersama-sama turun padang sebagai sukarelawan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV), hingga menjadi tumpuan ramai peminatnya di Instagram.

ramai tak sabar divaksin gara-gara daiyan trisha

Menurut Daiyan, beliau sudah sekian lama menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan PPV sejak Mei lalu bagi membantu masyarakat sekitar.

ramai tak sabar divaksin gara-gara daiyan trisha

“Hari ini merupakan hari pertama saya menjadi sukarelawan PPV. Memang saya sudah lama berhasrat nak sertai program ini sejak Mei, jadi saya bersyukur sangat akhirnya dapat menyertai program ini dan menghulurkan pertolongan.

“Saya akan berada di sini untuk beberapa minggu lagi. Jadi tolong dapatkan vaksin masing-masing ya.

“Kerapkan memeriksa aplikasi My Sejahtera anda untuk tarikh temu janji. Kita pasti dapat sama-sama membanteras wabak ini,” katanya dalam satu hantaran di Instagram, semalam.

 

Daiyan yang berkhidmat sebagai sukarelawan PPV di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) nyata membuatkan peminatnya tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin.

ramai tak sabar divaksin gara-gara daiyan trisha

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Daiyan untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan dan juga seorang selebriti yang mencetuskan inspirasi murni kepada umum.

 

Ada yang mengusik konon mahu menukar lokasi temu janji penerimaan vaksin semata-mata mahu bertemu penyanyi cantik tersebut.

 

Sumber: Instagram Daiyan Trisha