Bakat Luar Biasa, Pensyarah Ini Lukis Anatomi Hanya Guna Kapur dan Pembaris

Jika dilihat pada lukisan anatomi dibawah ini, pasti anda tidak menyangka ia dihasilkan dengan hanya menggunakan kapur dan pembaris, tanpa ada sebarang bantuan pengimejan digital.

bakat luar biasa, pensyarah ini lukis anatomi hanya guna kapur dan pembaris

Lukisan yang dihasilkan oleh pensyarah dari Universiti Sains dan Teknologi Shude, Taiwan iaitu Zhong Quanbin, dilihat sangat terperinci yang jelas membuktikan beliau bukan sahaja berbakat dalam melukis malah mempunyai pemahaman yang baik tentang anatomi manusia.

bakat luar biasa, pensyarah ini lukis anatomi hanya guna kapur dan pembaris

Lebih mengagumkan, Quanbin yang dilihat mempunyai pengetahuan pada anatomi dan tubuh manusia, pada mulanya ditugaskan mengajar Kemahiran Ilustrasi dan Lukisan Anatomi di Jabatan Reka Bentuk Komunikasi Visual dan tidak berminat pada bidang perubatan.

bakat luar biasa, pensyarah ini lukis anatomi hanya guna kapur dan pembaris

Sebaliknya berlaku apabila perkongsian lukisan kerangka pada media sosialnya membuatkan beliau diambil bekerja di Kolej Perubatan Xiamen.

 

Di kolej berkenaan, beliau mengajar pelajar perubatan melukis tubuh manusia serta menguraikan kedudukan tulang, otot dan juga organ dalaman.

bakat luar biasa, pensyarah ini lukis anatomi hanya guna kapur dan pembaris

bakat luar biasa, pensyarah ini lukis anatomi hanya guna kapur dan pembaris

Sejak itu, Quanbin semakin mahir tentang anatomi manusia dan lukisannya juga menjadi bertambah baik.

Quanbin juga dijemput ke beberapa sekolah perubatan lain dalam dan luar negara termasuk China dan Jepun, semata bagi mengajar pelajar mereka cara melukis tubuh manusia dengan baik.

Sumber: [1]