Pengantin Menangis Tiada Seorang Pun Datang Majlis Resepsinya

Seorang pengantin lelaki di China menangis selepas mendapati tiada seorang pun tetamu yang hadir ke majlis resepsinya.

pengantin menangis tiada seorang pun datang majlis resepsinya

Menurut media tempatan, kelihatan pengantin lelaki itu menangis sambil meminta maaf kepada isterinya kerana tidak boleh memberikan majlis perkahwinan seperti yang diimpikan.

Pasangan dari Hebei itu telah mengikat tali perkahwinan tanpa dihadiri oleh keluarga mahupun rakan, berikutan pandemik COVID-19.

pengantin menangis tiada seorang pun datang majlis resepsinya

Dalam video yang tular menunjukkan kedua pengantin berdiri di depan pelamin sambil memandang sesama sendiri. Pengantin lelaki kelihatan menangis kerana rasa bersalah terhadap isterinya yang mengimpikan perkahwinan meriah.

Namun dengan tenang, pengantin perempuan memegang lengan suaminya sambil melontarkan semangat kepada beliau.

pengantin menangis tiada seorang pun datang majlis resepsinya

Tambah lagi, penduduk di kawasan utara China itu sebelum ini telah merekodkan beberapa kluster baru COVID-19 dalam beberapa minggu yang lalu.

Penduduk juga dilarang untuk keluar dari rumah kecuali atas urusan yang mendesak.

pengantin menangis tiada seorang pun datang majlis resepsinya

Situasi itu nyata memberi kesan kepada pasangan pengantin ini untuk melangsungkan majlis resepsi di tengah wabak yang kian meningkat.

Kisah pasangan pengantin yang tular ini nyata menarik perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan ucapan selamat daripada netizen.

“Seluruh negara tengah mendoakan kalian, teman-teman. Tetaplah berbahagia.”

"Walaupun keluarga dan rakanmu tak datang, kami mengucapkan selamat kepadamu. Semoga kamu berbahagia dan mempunyai keluarga yang bahagia," antara kata-kata daripada netizen kepada mereka.

Sumber: DailyMail