Muhammad Kekal Nama Bayi Paling Popular Di Britain Tahun 2021

Nama Muhammad sekali lagi dinobatkan sebagai nama bayi paling popular yang dipilih penduduk di Britain untuk anak lelaki mereka pada tahun 2021.

muhammad kekal nama bayi paling popular di britain tahun 2021

Ia menjadi pilihan ramai ibu dan bapa di Britain selepas nama Noah dan Oliver bagi nama bayi lelaki.

 

Menurut laman Baby Center, bagi bayi perempuan pula nama Lily menjadi pilihan teratas di Britain selepas Putera Harry dan Meghan Markle juga memilih nama tersebut untuk anak kedua mereka.

muhammad kekal nama bayi paling popular di britain tahun 2021

Nama Lily menewaskan dua lagi nama kegemaran rakyat Britain iaitu Olivia dan Sophia untuk tempat teratas.

 

Berikut pula adalah senarai 10 nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki dan perempuan untuk tahun 2021 di Britain:

Nama Popular Bayi Perempuan:

  1. Lily
  2. Amelia
  3. Sophia
  4. Olivia
  5. Ava
  6. Isla
  7. Rosie
  8. Aria
  9. Freya
  10. Ella

 

Nama Popular Bayi Lelaki:

  1. Muhammad
  2. Noah
  3. Oliver
  4. Theo
  5. George
  6. Charlie
  7.  Leo
  8.  Harry
  9.  Freddie
  10. Jack

 

Sumber: Baby Centre